Subscribe:

Tuesday, August 30, 2016

Tahun 2016

                                                  بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Alhamdulillah. Hari ini pada tahun 2016 aku diberi nafas lagi untuk menikmati dunia bersama insan tersayang iaitu isteriku, anak-anakku dan keluargaku.Setahun juga aku tak menaip dalam blog ini.Agak kekok nak kembali menulis.Almaklumlah sibuk dengan kerja, keluarga, agaknya bila boleh life freedom ataupon financial freedom.

Alhamdulillah, setelah 6tahun aku cuba untuk menyambung pengajianku akhirnya pada awal tahun 2016  iaitu Februari lalu, aku berjaya untuk menyambung pengajianku. Dengan berbekalkan semangat dan doa dari keluarga tercinta akhirnya makbul juga doaku.

Aku sambung pengajianku ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Elektrik & Elektronik di Segi College Subang Jaya (SCSJ) kobolarasi dengan University of Sunderland (UOS). Sudah 2 semester berlalu dan alhamdulillah keputusan setiap examku memberangsangkan.
Tanggal 3 September 2016 ini akan bermula semester 3.Semoga semester baru ini memberiku keputusan yang lebih cemerlang. Aku belajar secara separuh masa , kelas hanya pada Sabtu & Ahad, dan masa daripada Jam 8 Pagi hingga 7.30 Petang. Sebenarnya agak mencabar kelas hujung minggu disebabkan masa bersama keluarga tiada. Kesian juga pada anak & isteri, tapi demi untuk masa depan kami, ku korbankan jua.

Tahun 2016 juga ada cerita menarik yang tersemat dalam mindaku. Aku dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Amir Ikram.Alhamdulillah kini, sudah sepasang anak aku dan isteriku Husna. Semoga Auni Irdina & Amir Ikram menjadi anak soleh, solehah dan mampu mendoakan kami (Walid & Ummi) bila kami tiada nanti.

Sampai sini saja coretanku hari ini. InshaAllah, jika diberi kesempatan, diri ini akan post lagi untuk tatapan umum.

Ilal Liqo'