Subscribe:

Wednesday, December 28, 2011

Wordless Wednesday

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



[[KLIK PADA GAMBAR UNTUK PAPARAN LEBIH JELAS]]




Ahamdulillah,Allah lebih tahu mana yang terbaik buatku

Sunday, December 25, 2011

Hari Ini Dan Semalam

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته






Hidup mesti ada perubahan,
Dan kita mesti berani untuk berubah,
Dan terima perubahan baik ataupun buruk,

Dalam sekelip mata saja,
Sedar ataupun tidak,
Hari ini akan jadi semalam,
Esok akan jadi hari ini,
Dan seterusnya,
Masa tetap silih berganti,
Dan kita akan menjadi semakin matang,
Semalam tetap akan menjadi ingatan,

Hidup jangan cepat putus asa,
Perjalanan hidup pasti jauh lagi,
Dan hidup mesti berani terima kenyataan,
Berani menghadapi baik dan buruk,
Jalan terus jangan toleh belakang,

Hidup kita ini macam anak panah,
Kita dah ada sasaran,
Tepat tepat sasaran itu,
Kita dah mengamati bagus sasaran itu,
Tapi bila ia ditiup angin,
Anak jauh itu menyimpang jauh dari sasarannya,
Lain yang kita nak,
Lain yang kita dapat,
Suka atau tidak,
Terpaksa kita terima,
Walau apa yang terjadi,
Hidup mesti diteruskan,

Aku ikhlas dan redha menerima ketentuanmu Ya Allah

Monday, December 12, 2011

Doa Rabitah


بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته






Ya Allah, Engkau mengetahui
hati-hati ini,
telah berkumpul kerana kasihkanMu,
bertemu dan patuh padaMu,
bersatu memikul dakwahMu,
hati-hati ini telah berjanji setia,
mendaulat dan menyokong syariatMu,
maka eratkanlah akan ikatannya,
kekalkan kemesraan hati ini,
tunjukkan ia jalan yang sebenar,
limpahkan dengan cahaya RabbaniMu,
yang tak pernah padam,
dan lapangkan dengan iman,

Ya Allah, perkenankanlah permintaan ini.

Friday, November 25, 2011

Salam Maal Hijrah 1433


بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته






IMAN DUNIA

Tika tabir sayup terdengar
Syahdu hati mengenangMu
Ketika bertahjud terbayangkanMu
Siapakah aku disisiMu

Keasyikkan dunia peneman dukaku
Penghinaan dosaku yang telah lalu

Puasku mencari namun ku tak bertemu
Puasku jalani namun Kau takku temui
Puasku jejaki likunya tak menentu

Bara cinta terhenti sepiku tak berperi

Biarpun tiada cinta asmara lagu ini
Biarpun dikau terpisah keasyikan dunia
Tiada cinta selainNya pengubat duka lara
Tiada kasih selainNya peneman sepi jiwa

Hanya Dia penentunya
Hanya DIA pendamainya
Kau liputilah kalbuku
Keimanan ketaqwaan

Puasku mencari namun ku tak bertemu
Puasku jalani namun Kau takku temui
Puasku jejaki likunya tak menentu
Bara cinta terhenti sepiku tak berperi

Hanya Dia penentunya
Hanya DIA pendamainya
Kau liputilah kalbuku
Keimanan ketaqwaan

Biar tiada cinta asmara lagu ini
Biar dikau terpisah keasyikan dunia
Tiada cinta selainNya pengubat duka lara
Tiada kasih selainNya peneman sepi jiwa


P/S:Alhamdulillah,dengan nikmat usia yang Allah berikan kepada kita dapatlah kita bernafas dan manfaatkan dengan baik hidup dimuka bumi ini.Tahun baru hijrah ini semestinya kita dapat bermuhasabah diri sejauh mana keimanan kita kepada Allah.Ingat,muhasabah diri ada dua cabang,iaitu muhasabah diri sebelum bertindak dan muhasabah diri selepas bertindak.Semoga diambang tahun baru ini menjadikan kita insan yang sedar dan peka terhadap "ammar makruf nahi munkar" yakni menyuruh melakukan kebaikan dan meninggalkan segala larangan Allah,jika tak mampu untuk mengajak orang lain berbuat baik,cukuplah kita memupuk dan aplikasikannya tehadap diri sendiri terutamanya.Sifat istiqomah pertu diterapkan dalam jiwa kita.Okay,akhir sekali,kawan-kawan jangan lupa baca doa akhir tahun dan doa awal tahun ye.

Ilal liqa'

Tuesday, November 22, 2011

Lagu Hari Jadi

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم






Gemok luar
Gemok dalam
Gemok dengar sini
Kalau saya Gemok
Awak mesti Gemok sekali
Kalau kita Gemok
Semua orang berjangkit
Bila semua orang Gemok
Dunia tiada penyakit
Gemok Tak perlu kata apa-apa
HaHaHa




P/S:Nukilan ini ikhlas untuk awak.Bak kata orang dalam hati ada taman, dalam jantung ada kupu-kupu.Oleh itu,hargailah nukilan saya yang picisan ini.Harap bait-bait ini dapat menggembirakan hatimu jua harimu yang mendatang.Sebelum itu "Happy Birthday To U (=_+')....
Along doakan semoga usiamu diberkati Allah,dimurahkan rezeki dan cemerlang di semester akhir ini,wahai adek ku...InshaAllah...

Ilal Liqa'

Monday, November 14, 2011

Ada Apa Dengan SPM

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم




Adib Ahyar adekku.Semoga kau dipermudahkan menjawab soalan-soalan SPM dan cemerlang dalam semua subjek yang diambil.InshaAllah 11 A's.Ya Allah,cemerlangkanlah Adib dalam peperiksaan SPM nya.Ameen

P/S:Angah dah beli joystick baru.Lepas Adib habis SPM,Along,Angah,dan kau kita fight PES2012,amacam?Ada berani?Kita tengok siapa KING sebenarnya..HaHa,Tapi habiskan dengan cemerlang SPM kau tu.

Ilal Liqo'

Sunday, November 6, 2011

Futsal Selamanya

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم




Hari ni aku TERajin pulak nak update blog.HeHeHe,nak buat macam mana kan,selagi ada mood & masa baik aku gunakan peluang ini dengan rakusnya sekali.Rasanya dekat 3bulan aku dan geng-geng Martial 8 tak berkumpul bersama.

Dengan berbekalkan semangat waja dan imunisasi badan yang tinggi kami bersepakat untuk bermain futsal selepas tamat gotong royong kurban di surau berdekatan kediaman kami.Setelah sampai ke destinasi petandingan di Kompleks Futsal Jalan Waja Telok Panglima Garang,kami membahagikan team,iaitu membuat dua team/kumpulan.Sempena raya qurban ini kami berbesar hati menggunakan nama kumpulan kami sempena simbolik raya ini iaitu Kumpulan Lembu dan Kambing.Sungguh macho dan maskulin kan nama tersebut.

Ahli Kumpulan Kambing



1.Amri(Gol Keeper yang Cemerlang)



2.Hasan(bertindak sebagai deffensive midfielder)



3.Faizal(bertindak sebagai deffensive midfielder)



4.Kamil(sebagai wing dan setup mission)



5.Alif (aku bertindak sebagai wing kiri)




6.Midun (striker,banyak bisa wo0 dia punya sentuhan)




Kumpulan Lembu



1.Amin



2.Jelan



3.Mamat



4.Amy



5.Muslim



6.Juan


Setiap yang awal mesti ada akhirnya kan,alhamdulillah team aku Kumpulan Kambing akhirnya menang dengan bergaya dengan mata 13-12.Tahniah juga kepada geng-geng kambing,kerna persepakatan kita akhirnya bisa menjunamkan ego Kumpulan Lembu.HakHakHak.Tapi bagi aku,menang kalah bukanlah ukuran,tapi nilai persahabatan dan semangat berjuang mnejadi juri yang sebenarnya.Sukron jazilan khoiron kathiro kepada kawan-kawan semua,I LUV U ALL....

P/S:Seorang sahabat adalah yang dapat mendengarkan lagu didalam hatimu dan akan menyanyikan kembali tatkala kau lupa akan bait-baitnya.


Ilal Liqa'

Idul Adha

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم




Alhamdulillah,maaf ye Cik Diari,abang baru nak update blog,bukan tak sayang cuma masa mencemburi kita,tapi kaseh abang padamu Cik Diari tetap utuh seperi KLCC.Tanggal 6 November 2011 bersamaan 10 Zulhijjah 1432 Hijrah,umat Islam telah menyambut Idul Fitri ini.Idul Adha merupakan simbolik meraikan pengorbanan dan penghayatan terhadap pejuang-pejuang Islam terdahulu.Semua perkara yang dilakukan oleh jemaah haji mempunyai maksud-maksud tertentu seperti melontar jumroh,berlari-lari anak diantara sai'e dan marwa dan banyak lagi.

Seperti biasa,di tempat kediaman aku,kami penduduk akan menyambut Hari Raya Idul Adha ini.Bagi aku,ditempat kami ini meriahnya sama dengan hari raya Idul Fitri seperti solat hari raya,takbir,yang berbeza cuma pakaian,sebab apa?HaHaHa,sebab jika hari raya Idul Fitri pakaian cantik-cantik,tapi hari Idul Adha pakaian biasa kerana majlis qurban dan gotong royong.Ye la,tak kan nak sembelih lembu nak lapah daging kena pakai baju melayu siap bersongket,tak pasal-pasal kotor baju tu dan dijadiakan alasan nak beli baju baru sebab baju lama dah kotor dan berdarah.Kembali kepada aktiviti kami penduduk kampung majlis qurban dilakukan dengan lancar.Aku join Qoriah Surau Al-Hidayah Batu 10.






































Tamat Sudah
Ilal Liqo'

Monday, October 24, 2011

Sediakan Payung Sebelum Hujan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم




When you feel down,
Because you didnt get what you want,
Just sit down,
Take a deep breath,
And say "Subhanallah",
Calmly and be happy (^_^),
Because maybe Allah,
Has thought of something better to give you...


P/S;Berkabung atas kekalahan Man United kpd Man Shitty 1-6(HaHaHa),tak ape get well soon my dear Man United...sory kpd semua kawan-kawan,bukan aku tak nak angkat call korang or balas mesej korang,cuma aku perlukan masa utk kembali beraksi lazat+cergas seperti sediakala(biasa la,player mst ada pasang surutnya,hehe).

Ilal Liqa'

Friday, September 30, 2011

Warkahku Untukmu

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Jalan Alif
www.alifexora.blogspot
Malaysia
30 September 2011

Menemui cintaku TNB TRANSMISSION, yang kini sedang berada bersama keluarga di cawangan ,Generation,Transmission & Distribution semoga dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya.

Cintaku,

Apa khabar cintaku sekeluarga di sana? Maafkan saya kerana jika surat ini membuat saudari sedikit terasa tapi percayalah tujuan surat ini bukanlah untuk menyakitkan hati saudari tetapi ingin memberikan kesedaran sebab pepatah ada mengatakan "sudah terhantuk baru nak tergadah"......Sentap tak awak?HaHaHa,memang nak buat awak sentap.Sebelom itu terimalah bait-bait cinta dari saya sebagai pendamai hati sebelum saudari baca dengan lebih sentap lagi dan terimalah luahan hati saya ini.

Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
saat ku harus bersabar dan trus bersabar
menantikan kehadiran dirimu
entah sampai kapan aku harus menunggu
sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
kadang kuberpikir cari penggantimu
saat kau jauh disana

Walau… Raga kita terpisah jauh…
Namun hati kita selalu dekat…
Bila aku rindu pejamkan mataku…
Dan rasakan kamu…


ARGHHHHHHHHHHH,TNB jangan lah buat saya macam ni,daku sudah seperti wanita yang digantung tak bertali(padahal aku ni LELAKI,bukannya WANITA)Adoyaiiii...Bila lah kau akan menerima cintaku ini,HUHUHU,PLISSSSSS lah,saya dah pon dapat offer letter daripada awak,permintaan awak untuk saya buat medical checkup sebelum awak menerima saya pon telah saya teruti dan Doktor dari panel TNB sendiri telah mengesahkan kesihatan saya dalam keadaan terbaek,dan sekarang apa lagi yang perlu saya buat untuk buktikan cinta sejati pada awak?Tolonglah jawab awak.

Awak berjanji setelah dua minggu selepas laporan medical checkup dibuat saya akan dibenarkan untuk menemui kedua ORANG TUA awak,dan daripada pertemuan itu awak berjanji akan menerima cinta saya.Tapi,kenapa sampai sekarang awak menidakkan cinta saya.Awak tau tak,sebab awak,saya dah korbankan cinta saya di Western Digital,dan disebabkan awak juga saya dah jadi seperti orang gila talak terhadap Western Digital....
Awak tau tak?
Tak tau kan,jadi saya nak beritahu pada awak.Kawan-kawan yang sama-sama medical checkup dengan saya telah pun diterima oleh cinta mereka.Tapi kenapa saya tidak,awak?HUHU.Jika awak terbaca luahan hati saya ini cepat-cepatlah terima saya.Saya dah terseksa awak dan saya dah letih untuk pengharapan ini.

Warkah Dari Kekasihmu
Jalan Alif
................

Friday, September 23, 2011

Fatwa Pujangga

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم






Tapi sayang sayang sayang
Seribu kali sayang
Ke manakah risalahku
Kualamatkan

T'lah kuterima suratmu yang lalu
Penuh sanjungan kata merayu
Syair dan pantun tersusun indah, sayang
Bagaikan sabda fatwa pujangga

Kan kusimpan suratmu yang itu
Bak pusaka yang sangat bermutu
Walau kita tak lagi bersua, sayang
Cukup sudah tandamu setia

Tapi sayang sayang sayang
Seribu kali sayang
Ke manakah risalahku
Kualamatkan

Terimalah jawapanku ini
Hanyalah doa restu Ilahi
Moga lah Dik kau tak putus asa, sayang
Pasti kelak kita kan berjumpa


P/S:Semoga hari mendatang mimpiku menjadi kenyataan untukku menggapai bintang...

Friday, September 9, 2011

Cakap Cakap (Part6)

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم




"Kesusahan dan keperitan hidup mengajar kita erti dewasa memberi peluang untuk kita dekati, pada Allah yang maha pencipta, sesungguhnya nilai kegagalan lebih berharga dari kejayaan... "






P/S:Sekali gagal,tak bermakna kita takkan berjaya lagi.Sekali kita jatuh,tak bermakna selamanya kita takkan bangun lagi.Walau berkali2 kita gagal,jangan jemu untuk mencuba lagi kerana pasti akan tiba 1 saat, kejayaan itu menghampiri kita.Hidup ini satu perjuangan,teruskan berjuang hingga titisan darah yang terakhir,InsyaAllah...

Ilal Liqa'

Saturday, September 3, 2011

Punk Rock Jalanan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم






Sungguhku menyesal telah mengenal dia
dan aku kecewa karna menyayanginya
dan aku tak akan mengulang kedua kalinya…

Kusimpan rindu dihati gelisah tak menentu
berawal dari,kita bertemu kau akan kujaga
kuingin engkau mengerti betapa kau aku cinta
hanya padamu aku bersumpah kau akan kujaga sampai mati

Kuingin tau siapa namamu dan kuingin tau dimana rumahmu
walau sampai akhir hayat ini…
jalan hidup kita berbeda aku hanyalah punk rock jalanan
yang tak punya harta berlimpah untuk dirimu sayang…

Kutunggu kau kutunggu kunanti kau kunanti
walau sampai akhir hayat ini

Kukira kau setia padaku ternyata kau menduakanku
diriku akhirnya tak menduga…
kukesal kini kualami perjalanan cinta selama dulu
kukira kau bosan padaku…
ternyata kau menduakanku..

Dulu kau berjanji akan sehidup semati(itu gombal!!)
dan aku kecewa karna menyayanginya
dan aku tak akan mengulang kedua kalinya


Friday, August 26, 2011

Jumaat Datang Lagi

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم






Alhamdulillah,tinggal 4hari lagi Ramadhan ini akan meninggalkan kita.Semoga kita berubah yang lebih baik lagi selepas menempuh ujian di bulan ramadhan ini.Dikesempatan ini aku,eh saya(lebih manis kan)hehe,ingin mengucapkan Selamat Hari Raya buat kawan-kawan blog,mane tau ade terkecilkan hati saudara saudari dalam meng"comment" post-post korang semua.Maafkan tau,kalau tak maafkan dosa,kalau maafkan sayang(HeHeHe).Akhir sekali,dengarkanlah lagu raya ini special untuk kawan-kawan blog semua.

Ilal Liqa'

Monday, August 22, 2011

Cakap Cakap (Part5)

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم





"Duhai hati,bersabarlah,sesungguhnya sesuatu perkara/benda yang kamu minat akan datang kepadamu tetapi datangnya secara perlahan-perlahan supaya kamu dapat merasai kemanisan bersabar dalam erti kata penantian tersebut"


P/S:Adakah lelaki memang ego apabila diam?Ketahuilah sebenarnya apabila lelaki itu diam bukanlah untuk lari daripada masalah tetapi ingin menyelesaikan masalah.Setiap individu pasti ada cara tersendiri kan.Lelaki kebiasaannya mengambil masa untuk membuat keputusan daripada analitikal logik akal berbanding emosi.Sebab jika kita mengambil keputusan terburu-buru ia datangnya daripada emosi.Berkemungkinan jika emosi seseorang tidak stabil ketika itu, ia akan mempengaruhi keputusan tersebut.
Jangan biarkan emosi tersebut membenarkan mulut untuk menyatakan sesuatu yang menyebabkan hati pihak lain terguris.

Jadi selami jiwa,perkasa peribadi dan tingkatkan iman dan ibadah.Akhir sekali, assalamualaikum,tak jawab dosa jawab sayang...

Ilal Liqa'

Tuesday, August 16, 2011

Selamat Tinggal Western Digital

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Building P2 Western Digital Malaysia


Semasa aku sedang menaip ini,air mataku laju mencurah-curah jatuh bergelinangan di pipi sambil diiringi lagu perpisahan orang putus cinta,arghhh sebaknya hati ini...HaHaHa,sebenarnya tak ada pon kejadian macam tu,tak kanlah aku ni yang berjiwa kental lagi berbadan lazat nak nangis?Oh no,...Wakakakaka.
( J A N G A N R I A K W A H A I A L I F )

Okay,berbalik kepada tajuk asal,semalam bersamaan 15 OGOS 2011 merupakan hari terakhir ku bekerja di Western Digital.Masa tu aku kerja Ahad malam.Memang terbaek la kawan-kawan kerja,masa tu pulak lepas magrib ada Game Badminton antara Lee Chong Wei dengan Lin Dan.Memang kami segerombolan technician department Test Equipment Engineering(SPT TEAM) bergerak ke Cafe P2 untuk memberikan sokongan moral kepada Lee Chong Wei.Seronok,sebab diorang suka menjerit,naseb baik kerja malam,big boss tak ade,boleh la menjerit sesuka hati kat tempat kerja...

Walaupun kalah,tetapi sejuta tahniah kepada Datuk Lee Chong Wei kerana memberikan saingan yang sengit dan berbisa.Kepada Lin Dan,i luv u,kau memang terbaek,main laju,mental kuat,berkarisma kat dalam gelanggang n badan pon boleh tahan...HaHaHa,aku nak jadi macam kau la,tapi bukan dalam badminton tapi dalam sukan silat.





Tetiba melencong jauh pulak daripada tajuk asal,hehe,akhir sekali terima kaseh kapada geng-geng technician SPT Team terutama pada Team A kerana ni la team aku,Team SPT B & C,Preventive Maintenance Team,Project Team & kepada semualah yang pernah berurusan dengan aku,dan yang paling penting operator-operator cantik merangkap kesayangan aku...hehehehe...pasni dah tak boleh dengar "abang,mesin rosak"...

Doakanlah aku dapat menyesuaikan diri di tempat kerja baru di TNB Transmission nanti.Kenangan bersama sewaktu di Western Digital tak akan aku padamkan di minda dan akan selalu tersemat di hati ini.

Ilal Liqa'

Friday, August 12, 2011

Dugaan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم




Kuatkanlah aku Ya Allah

Tuesday, August 9, 2011

Merpati Putih


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم






Mengering sudah bunga di pelukan
Merpati putih berarak pulang
Terbang menerjang badai
Tinggi di awan, menghilang di langit yang hitam

Selamat berpisah kenangan bercinta
Sampai kapan kah jadinya
Aku harus menunggu
Hari bahagia seperti dulu

Bersama kasih kembali mesra
Bercumbu lagi memadu satu
Janji berjuta bintang
Dalam pelukan sehangat pagi
Yang terang

Selamat berpisah..
Kenangan bercinta..



P/S:Tak ada kena mengena ngan aku,saje letak lirik ni,best,layan & sempoi...