Subscribe:

Saturday, January 29, 2011

Akad Nikah Ijab Qobul

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Ada apa dengan tajuk kat atas tu?Siapa yang akad nikah,ijab dan qobul tu?Jeng jeng jeng...Doakan la ye semoga majlis akad nikahku akan berjalan lancar dan semoga aku tak gugup dihari tersebut.Majlis Ijab Kabul adalah saat yang mendebarkan bagi bakal suami. Sah! Maka termeterailah ikatan perkahwinan. Tanggungjawab pun terpikul dibahu. Amanah yang besar perlu dilaksanakan....hehehe...Tapi 5tahun lagi la...Post kali ini khas untuk sahabat baik ku ketika sama-sama belajar di Politeknik Shah Alam dulu.Nama beliau Mustafa.Aku panggil dia Mus.



Pada pagi Sabtu 29Januari2011 jam 10.00pagi Mus akan dinikahkan dengan gadis pilihan dia...Mus,aku doakan yang terbaik sepanjang majlis pernikahan ko.Semoga lancar dan dapat memahami bait-bait akad nikah dan ijab qobul.Maaflah,aku tak dapat hadir majlis ko atas sebab-sebab tertentu.InshaAllah,majlis persandingan ko aku datang.

Akhir sekali,sebagai seorang sahabat,aku doakan semoga Mus berbahagia dengan pasangan hingga ke syurga dan menjadi suami yang baik dan soleh...

p/s;orang kawen muda ni,mesti anak berderet-deret...haha,tak pe,anak yang lahir tu ada rezkinya masing-masing

Sunday, January 23, 2011

Bila Rindu

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم




Bila rindu
Kupejam mata mengenang mu
Seakan engkau di sisiku
Diriku di rantau orang

Sungguh mesra
Pelukanmu masih terasa
Cintamu yang suci abadi
Terbayang siang dan malam

Walaupun kini kita berjauhan
Wajah dan senyumanmu di hatiku
Kau tahu ku takkan mengembara selamanya
Tunggulah sabarlah kukan kembali

Dugaan hidup telah kita tempuhi
Kini semuanya telah berlalu
Kau tahu ku takkan mengembara selamanya
Tunggulah sabarlah ku kan kembaliOh sayangku

Bila rindu
Kupejamkan mata
Seakan kau di sisiku
Terbayang siang dan malam
Oh tunggulah sayang
Oh sabarlah sayang
Ku kan kembali, ku kan kembali


p/s= rindu kat mak n abah,makcik pakcik,rindu my kawan skola,kawan poly shah alam...
semua rindulah..haha

Friday, January 21, 2011

Salam Kemaafan Kepada Semua Sahabat

Dikesempatan ini,aku ingin memohon maaf kepada semua sahabat-sahabat yang telah terluka hati atau tak puas hati dengan aku,Biasa la beb,dalam hidup ni,tak ada manusia yang sempurna,memang dah termaktub bahawa "manusia memang bersifat baharu" yakni iman boleh bertambah dan berkurang...rasa-rasanya memang banyak yang aku da sakitkan hati orang dalam sedar atau tak sedar....ok,itu saja,rasa lega dapat luahkan dan lagi lega kalau korang maafkan aku...(^__^)...


Tuesday, January 18, 2011

Insan Cemerlang

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


BAGAIMANAKAH MENGATASI KELEMAHAN DIRI SENDIRI?



+Ingat,kita semua serupa+
+Ingat,kita masih belum terlambat+
+Ingat,kelemahan adalah perasaan sahaja+
+Ingat,kematangan kita bukankah sama dengan rakan-rakan yang lain+
+Ingat,ramai orang yang "kembang petang"-cemerlang lewat+
+Ingat,orang cacat lagikan berjaya.Inikan pula kita yang sempurna+


Selamat beramal dan renung-renungkan...

Sunday, January 16, 2011

Degree Oh Degree

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Salam...
Pada hari Jumaat lepas,dengan berbekalkan sebuah motosikal berjenama Yamaha 135LC,aku pulang balik kerumah family.Daripada Sabak Bernam ke Telok Panglima Garang,sepanjang perjalanan cuaca memang baik sebab apa?sebab HUJAN...hujan-hujan pon aku redah,ye la dah tak sabar nak balik rumah kan,lagi buat aku tak sabar,sebab nak apply degree kat UPU ni...hehehe..

Ni ha senarai yang aku apply:


Kepada adekku Adib Ahyar,esok keputusan Sijil Menengah Agama keluar,along ucapkan semoga Adib mendapat Mumtaz dan dapat kalahkan along...Along dapat Jayyid Jiddan,ko kan lagi pandai daripada along,so dapat Mumtaz k....Selawat banyak-banyak ye Adib...

Ok,jumpa lagi...
Selamat beramal dan renung-renungkan....

Sunday, January 9, 2011

Salam Ceria

Pejam celik pejam celik,kejap je dah masuk tahun 2011.Apa yang aku dah buat untuk tahun 2010?Tahun 2010 merupakan tahun kenangan manis dan pahit buatku.Antara peristiwa yang berlaku pada 2010:

1.Interview di Proton sebagai Quality Control dan diterima bekerja disana(tetapi aku menolak atas sebab-sebab tertentu.
2.Konvokesyen pengajianku di Politeknik Shah Alam dalam bidang Kejuruteraan Elektrik & Elektronik.Alhamdulillah...
3.Bekerja sebagai Trainer di KESM Industries.Terima kaseh kepada semua staff yang terlibat bekerjasama dengan aku sepanjang aku bekerja disana.
4.Mendapat tawaran sambung belajar dalam bidang Kejuruteraan Elektronik Komputer di Politeknik.
5.Bercuti di Genting Highland bersama kawan-kawan silatku dan Firdaus.
6.Mendaftarkan diri sebagai pelajar Integrasi Diploma di Politeknik.
7.Menyertai Kejohanan Pencak Silat Kebangsaan Negeri Selangor dan mendapat pingat gangsa dalam kejohanan tersebut.
8.Menyertai Kejohanan Pencak Silat Kebangsaan Negeri Sembilan dan mendapat pingat gangsa dalam kejohanan tersebut.(dalam pertandingan ini aku telah mendapat kecederaan tisu koyak dan mendapat jahitan dimuka)
9.Mengambil peperiksaan akhir untuk semester 5.
10.Mendapat panggilan temuduga daripada TNB sebagai Juruteknik Transmission TT09-TT10,walaupun sampai sekarang tak mendapat sebarang jawapan untuk panggilan kerja,tapi aku amat bersyukur,sekurang-kurangnya dapat pengalaman di temuduga oleh panel-panel dari TNB.

Banyak lagi peristiwa yang berlaku pada 2010,tapi aku ringkaskan.Semoga di tahun 2011 ini aku lebih berjaya dalam pelajaran dan kehidupan.Target 2011 nak sambung degree dan mendapat pingat emas dalam Kejohanan Silat serta menjadi seorang jurutera berjaya.

InshaAllah,ilal liqa'

Saturday, January 1, 2011

Kita Bersaudara

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



Biar adakalanya
Dia buat kau kecewa
Biar adakalanya
Dia buat kau gundah

Tetapi tak mengapa
Kerna dialah juga
Yang mengambil hati mu
Hingga keadaan reda

Oh kita bersaudara
Kena selalu mengalah
Tak guna marah-marah
Nanti berbaik juga

Oh kita bersaudara
Tak guna gaduh-gaduh
Kerna air dicincang
Tidak akan putus

Kila kau dalam susah
Semua orang tak menegur
Agaknya tangan siapa
Yang sudi menghulur

Jika tak adik beradik
Yang tak mungkin berkira
Walau sekali kau beri
Selalu yang tak berlima

Oh kita bersaudara