Subscribe:

Friday, July 29, 2011

Ada Apa Dengan Diam

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم




Alhamdulillah,kita mulakan hari ini dengan selawat,"Allahumma Solli A'la Saidina Muhammad,Wa A'la Alihi Wasohbihi Wasallim,Ya Kareem".Moga bersama beroleh berkat,hari ini kita namakan Sayyidul Ayyam.

Dah berapa minggu aku post mesti hari Jumaat,hari berkat tu,ntah la,aku suka update post setiap hari Jumaat,rasa macam tenang je sambil menaip diselang seli dengan bunyi kicauan burung dan bunyi air terjun diluar rumah.Ada apa dengan diam,senyap?silent?Hayatilah bait-bait ini.

Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..

Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan

Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup

Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan

Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??
".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah : 216 )

Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.

Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri


P/S:Dunia dah berubah zaman dah maju.Masing-masing mesti ada cara tersendirikan.Kawan-kawan boleh tinggalkan komen untuk luahkan pendapat masing-masing,amat dialu-alukan.

Friday, July 22, 2011

Haqeeqat

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم




Alhamdulillah,dapat juga aku menconteng arang kat blog aku ni.(HaHa).Arini,Jumaat dan esok Sabtu aku cuti,sungguh syurga.Selepas seminggu keputusan UPU keluar baru aku dapat menerima hakikat.Apa itu hakikat?Hakikat itu adalah kenyataan.Aku da dapat telan semua hakikat,alhamdulillah.Terima kaseh kepada semua kawan-kawan dan family kerana support dan bagi kata-kata yang membuatkan adrenalin ku bergerak laju.

Betullah cakap orang,"kadangkala kita perlu korbankan sesuatu yang kita minat".Tak semestinya apa yang kita minat akan menjamin masa depan kita.Bekerja juga merupakan proses menuntut ilmu dan ia merupakan ibadah.Kadangkala Allah sembunyikan matahari,Dia datangkan petir dan kilat.Kita menangis dan tertanya-tanya,kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.



Mungkin inikah yang dinamakan cinta
Hati gembira rasa bila kau kata cinta
Siang yang suram kini menjadi ceria
Hati yang gelisah akhirnya kini menjadi bahagia


HaHaHa,tetiba lak masuk lagu Akim.Tak ada kena mengena yang hidup ataupun yang mati yer(haha).Kesimpulannya,marilah kita bersemangat kerja,cari duit,tambah pahala.Sesungguhnya kerja yang yang halal juga merupakan ibadah.

Ilal Liqa'

Saturday, July 16, 2011

Kesedihan Dalam Kebahagiaan

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم




Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yg belayar,dilautan telah ramai kapal karam didalamnya..andai muatan kita adalah iman,dan layarnya takwa,nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.


Assalamualaikum diariku.Sebenarnya aku tak ada mood nak buat post baru dari minggu lepas lagi,sebab apa?semuanya gara-gara keputusan UPU.Dari bulan 5 aku mula menghitung hari sampai ke bulan 7,adakah aku berjaya dapat tawaran sambung ke peringkat Ijazah Sarjana Muda atau tidak?.Persoalan senantiasa berlegar dimindaku.Semalam adalah detik-detik yang ditunggu-tunggu.

Keputusan yang aku dapat adalah mendukacitakan.Aku tak berjaya dalam permohonan UPU tersebut.Jeles kat kawan-kawan yang dapat,walau apa pon tahniah kat kawankawan yang dapat.Walaupon hati aku memang berdebar setiap hari tapi ia tak akan mengubah keputusan tersebut.Rayuan telah dibuat dan sekarang hanya menunggu keputusan rayuan tersebut.Hanya berdoa dan bertawakal kepada Allah.

Tapi ya Allah,kau berikanlah aku peluang untuk sambung belajar.Aku juga hambamu kan. Aku juga punya impian dan harapan untuk masa depanku.Aku mohon dengan sangat
supaya kau berikan peluang tersebut.Mungkin apa yang berlaku ada hikmah untuk aku.Hanya Allah yang tahu percaturan terbaek yang telah diatur untukku.Damaikanlah hatiku dengan ketentuanmu.

Wassalam

Friday, July 1, 2011

Save The Date

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم






Tuhan menjadikan kita berbeza-beza,
Tapi tuhan jadikan cinta supaya kita bersatu,
Wanita jangan dibilang dia cantik,
Tetapi bilang dia sangat cantik,

Wanita dijadikan atas nama cinta,
Kalau kita cari pasti jumpa,
Tapi jumpa yang macam mana?
Kita yang buat pilihan,

Keindahan wanita tak siapa yang tahu,
Tapi yang pasti dia tetap indah,
Penantian ini pasti akan membuahkan hasil,
Cinta tak datang kalau tak dicari,

Perjalanan yang jauh,
Aku pergi meninggalkan kamu,
Tapi dihatiku hanyalah dirimu,
Akan kembali untuk bersama kamu,
Tinggallah kau sendiri,
Jangan kau cuba sakiti aku,
Jangan lupakan ku,
Jangan tinggalkan ku,
Percayalah cintaku hanya untukmu