Subscribe:

Friday, November 25, 2011

Salam Maal Hijrah 1433


بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته






IMAN DUNIA

Tika tabir sayup terdengar
Syahdu hati mengenangMu
Ketika bertahjud terbayangkanMu
Siapakah aku disisiMu

Keasyikkan dunia peneman dukaku
Penghinaan dosaku yang telah lalu

Puasku mencari namun ku tak bertemu
Puasku jalani namun Kau takku temui
Puasku jejaki likunya tak menentu

Bara cinta terhenti sepiku tak berperi

Biarpun tiada cinta asmara lagu ini
Biarpun dikau terpisah keasyikan dunia
Tiada cinta selainNya pengubat duka lara
Tiada kasih selainNya peneman sepi jiwa

Hanya Dia penentunya
Hanya DIA pendamainya
Kau liputilah kalbuku
Keimanan ketaqwaan

Puasku mencari namun ku tak bertemu
Puasku jalani namun Kau takku temui
Puasku jejaki likunya tak menentu
Bara cinta terhenti sepiku tak berperi

Hanya Dia penentunya
Hanya DIA pendamainya
Kau liputilah kalbuku
Keimanan ketaqwaan

Biar tiada cinta asmara lagu ini
Biar dikau terpisah keasyikan dunia
Tiada cinta selainNya pengubat duka lara
Tiada kasih selainNya peneman sepi jiwa


P/S:Alhamdulillah,dengan nikmat usia yang Allah berikan kepada kita dapatlah kita bernafas dan manfaatkan dengan baik hidup dimuka bumi ini.Tahun baru hijrah ini semestinya kita dapat bermuhasabah diri sejauh mana keimanan kita kepada Allah.Ingat,muhasabah diri ada dua cabang,iaitu muhasabah diri sebelum bertindak dan muhasabah diri selepas bertindak.Semoga diambang tahun baru ini menjadikan kita insan yang sedar dan peka terhadap "ammar makruf nahi munkar" yakni menyuruh melakukan kebaikan dan meninggalkan segala larangan Allah,jika tak mampu untuk mengajak orang lain berbuat baik,cukuplah kita memupuk dan aplikasikannya tehadap diri sendiri terutamanya.Sifat istiqomah pertu diterapkan dalam jiwa kita.Okay,akhir sekali,kawan-kawan jangan lupa baca doa akhir tahun dan doa awal tahun ye.

Ilal liqa'

Tuesday, November 22, 2011

Lagu Hari Jadi

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم






Gemok luar
Gemok dalam
Gemok dengar sini
Kalau saya Gemok
Awak mesti Gemok sekali
Kalau kita Gemok
Semua orang berjangkit
Bila semua orang Gemok
Dunia tiada penyakit
Gemok Tak perlu kata apa-apa
HaHaHa




P/S:Nukilan ini ikhlas untuk awak.Bak kata orang dalam hati ada taman, dalam jantung ada kupu-kupu.Oleh itu,hargailah nukilan saya yang picisan ini.Harap bait-bait ini dapat menggembirakan hatimu jua harimu yang mendatang.Sebelum itu "Happy Birthday To U (=_+')....
Along doakan semoga usiamu diberkati Allah,dimurahkan rezeki dan cemerlang di semester akhir ini,wahai adek ku...InshaAllah...

Ilal Liqa'

Monday, November 14, 2011

Ada Apa Dengan SPM

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم




Adib Ahyar adekku.Semoga kau dipermudahkan menjawab soalan-soalan SPM dan cemerlang dalam semua subjek yang diambil.InshaAllah 11 A's.Ya Allah,cemerlangkanlah Adib dalam peperiksaan SPM nya.Ameen

P/S:Angah dah beli joystick baru.Lepas Adib habis SPM,Along,Angah,dan kau kita fight PES2012,amacam?Ada berani?Kita tengok siapa KING sebenarnya..HaHa,Tapi habiskan dengan cemerlang SPM kau tu.

Ilal Liqo'

Sunday, November 6, 2011

Futsal Selamanya

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم




Hari ni aku TERajin pulak nak update blog.HeHeHe,nak buat macam mana kan,selagi ada mood & masa baik aku gunakan peluang ini dengan rakusnya sekali.Rasanya dekat 3bulan aku dan geng-geng Martial 8 tak berkumpul bersama.

Dengan berbekalkan semangat waja dan imunisasi badan yang tinggi kami bersepakat untuk bermain futsal selepas tamat gotong royong kurban di surau berdekatan kediaman kami.Setelah sampai ke destinasi petandingan di Kompleks Futsal Jalan Waja Telok Panglima Garang,kami membahagikan team,iaitu membuat dua team/kumpulan.Sempena raya qurban ini kami berbesar hati menggunakan nama kumpulan kami sempena simbolik raya ini iaitu Kumpulan Lembu dan Kambing.Sungguh macho dan maskulin kan nama tersebut.

Ahli Kumpulan Kambing



1.Amri(Gol Keeper yang Cemerlang)



2.Hasan(bertindak sebagai deffensive midfielder)



3.Faizal(bertindak sebagai deffensive midfielder)



4.Kamil(sebagai wing dan setup mission)



5.Alif (aku bertindak sebagai wing kiri)




6.Midun (striker,banyak bisa wo0 dia punya sentuhan)




Kumpulan Lembu



1.Amin



2.Jelan



3.Mamat



4.Amy



5.Muslim



6.Juan


Setiap yang awal mesti ada akhirnya kan,alhamdulillah team aku Kumpulan Kambing akhirnya menang dengan bergaya dengan mata 13-12.Tahniah juga kepada geng-geng kambing,kerna persepakatan kita akhirnya bisa menjunamkan ego Kumpulan Lembu.HakHakHak.Tapi bagi aku,menang kalah bukanlah ukuran,tapi nilai persahabatan dan semangat berjuang mnejadi juri yang sebenarnya.Sukron jazilan khoiron kathiro kepada kawan-kawan semua,I LUV U ALL....

P/S:Seorang sahabat adalah yang dapat mendengarkan lagu didalam hatimu dan akan menyanyikan kembali tatkala kau lupa akan bait-baitnya.


Ilal Liqa'

Idul Adha

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم




Alhamdulillah,maaf ye Cik Diari,abang baru nak update blog,bukan tak sayang cuma masa mencemburi kita,tapi kaseh abang padamu Cik Diari tetap utuh seperi KLCC.Tanggal 6 November 2011 bersamaan 10 Zulhijjah 1432 Hijrah,umat Islam telah menyambut Idul Fitri ini.Idul Adha merupakan simbolik meraikan pengorbanan dan penghayatan terhadap pejuang-pejuang Islam terdahulu.Semua perkara yang dilakukan oleh jemaah haji mempunyai maksud-maksud tertentu seperti melontar jumroh,berlari-lari anak diantara sai'e dan marwa dan banyak lagi.

Seperti biasa,di tempat kediaman aku,kami penduduk akan menyambut Hari Raya Idul Adha ini.Bagi aku,ditempat kami ini meriahnya sama dengan hari raya Idul Fitri seperti solat hari raya,takbir,yang berbeza cuma pakaian,sebab apa?HaHaHa,sebab jika hari raya Idul Fitri pakaian cantik-cantik,tapi hari Idul Adha pakaian biasa kerana majlis qurban dan gotong royong.Ye la,tak kan nak sembelih lembu nak lapah daging kena pakai baju melayu siap bersongket,tak pasal-pasal kotor baju tu dan dijadiakan alasan nak beli baju baru sebab baju lama dah kotor dan berdarah.Kembali kepada aktiviti kami penduduk kampung majlis qurban dilakukan dengan lancar.Aku join Qoriah Surau Al-Hidayah Batu 10.






































Tamat Sudah
Ilal Liqo'