Subscribe:

Friday, May 21, 2010

Jumaat Terakhirku...







Bismillahirrohmanirrohim....

Jumaat terakhir?
Tanda-tanda ajal mula terasa dibahagian kaki terasa kebas
kemudian beransur-ansur kebahagian atas hingga nafas terakhir keluar bersamanya,
Aku Insaf....

Huhuhu,Jumaat terakhir ini tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati,
termasuk aku,

Maksud yang sebenar karyaku hari ini adalah Jumaat terakhirku di Masjid Kelana Jaya.
Begitu sayu dan syahdunya untuk ku tidak lagi menunaikan solat jumaat di masjid Kelana Jaya
tersebut...Semenjak start keje,sampai ke detik-detik akhir kerja...InsyaAllah,satu hari nanti
dapatlah aku menunaikan solat di masjid tersebut....Isnin depan aku mengakhirkan khidmat ku sebagai trainer di [K][E][S][M] [I][n][d][u][s][t][r][i][e][s].Semoga Allah membalas semua jasa-jasa akak-akak,abang-abang yang telah membimbingku sepanjang ku kerja...






Sunday, May 16, 2010

SNI



Happy Birthday to SNI
17 Mei
I harap SNI dapat full A's dalam SPM2010...
Jadi anak solehah,
isteri solehah(hehehe)
smoga dipanjangkan umo,
murah rezki...
perseverance SNI...
chayok2x

Selamat Hari Guru




Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan semua guru-guru...
Allah selamatkan kamu semua...

Special untuk semua guru-guru yang pernah mengajarku,
Tabika Kemas Batu10 Jalan Merpati,
Guru-guru [S][K][K][B],
Guru-guru [S][R][A][K][B],
Guru-guru [S][A][M][T][T][A][R],
Pensyarah-pensyarah [P][O][L][I][T][E][K][N][I][K] [S][H][A][H] [A][L][A][M]...

Aku doakan semua pendidik dimuka bumi ini agar debrikan kesihatan yang baik,
dan terus bersemangat mendidik anak bangsa....

TERIMA KASEH CIKGU!!!

Wednesday, May 12, 2010

Sabak Bernam & Kontijen Malaysia...

Bismillah...
Ada apa dengan tajuk kali ini?
Sabak Bernam & Kontijen Malaysia...?
Orait,sabar,sebentar lagi cerita akan dimulakan...
Apa yang berlaku semalam dan hari ini?
Sebenarnya,aku "MC' atau bahasa kasarnya ponteng kerja,hahaha...
Tak la,aku memang demam betul-betul,
Betul-betul tau bukan cobaan,mungkin aku demam sebab terlalu sayangkan tempat kerja aku yang sekarang ni,sebab lagi seminggu,aku bakal menamatkan kerja aku ditempat kerja sekarang...
I will miss that moment...
Demam aku ni telah diiktiraf oleh Dr.Basiron daripada Poliklinik Dr.Salahuddin.Beliau telah memberi 2 hari cuti kepada aku,trima kaseh dokter...

Ok,kembali kepada tajuk sebenar,
1.Sabak Bernam?
Yahooooo,setelah setahun aku menghitung hari untuk menyambung pengajianku,akhirnya dapat jua peluang untuk sambung belajar,Diploma Integrasi Kejuruteraan Elektronik Komputer 2Semester di Politeknik Sabak Bernam.Alhamdulillah ya Allah kerana memberi hambamu ini peluang kedua ini...Thankyou Allah...

2.Kontijen Malaysia?
Cerita,mengenai Piala Thomas2010...
Suku akhir menyaksikan Malaysia bertemu Denmark.Datuk Lee Chong Wei memberikan mata pertama buat Malaysia,seterusnya Koo Kien Keat & Tan Boon Heong memberikan mata kedua buat Malaysia,memang terbaek la beregu ni,Wong Choon Han pula gagal meneruskan kejayaan,apabila tewas rubber set dengan pemain single kedua Denmark,tapi memang Wong Choon Han kalah bermaruah walaupun beza umur beliau dengan pemain Denmark tersebut 11 tahun,cuba bayangkan 33tahun lawan 22 tahun,kalau ikut fizikal semestinya yang muda pasti akan menang,tapi Wong Choon Han memberikan tentangan yang hebat kepada single daripada Denmark.
Beregu bidan terjun Zakry Latif & Hoo TH memberikan persembahan chantek,permainan rubber set tetapi tewas,Hafiz Hashim merupakan penentu kemenangan.Dan keputusannya,
JENG JENG JENG...
Alhamdulillah,Hafiz Hashim menang dan menjadikan Malaysia layak ke separuh akhir Piala Thomas2010 bertemu China.InsyaAllah,Malaysia akan menjuarai Piala Thomas2010 ini...Ameen...