السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Building P2 Western Digital Malaysia
Semasa aku sedang menaip ini,air mataku laju mencurah-curah jatuh bergelinangan di pipi sambil diiringi lagu perpisahan orang putus cinta,arghhh sebaknya hati ini...HaHaHa,sebenarnya tak ada pon kejadian macam tu,tak kanlah aku ni yang berjiwa kental lagi berbadan lazat nak nangis?Oh no,...Wakakakaka.
(
J A N G A N R I A K W A H A I A L I F )
Okay,berbalik kepada tajuk asal,semalam bersamaan
15 OGOS 2011 merupakan hari terakhir ku bekerja di
Western Digital.Masa tu aku kerja Ahad malam.Memang terbaek la kawan-kawan kerja,masa tu pulak lepas magrib ada Game Badminton antara Lee Chong Wei dengan Lin Dan.Memang kami segerombolan technician department Test Equipment Engineering(SPT TEAM) bergerak ke Cafe P2 untuk memberikan sokongan moral kepada Lee Chong Wei.Seronok,sebab diorang suka menjerit,naseb baik kerja malam,big boss tak ade,boleh la menjerit sesuka hati kat tempat kerja...
Walaupun kalah,tetapi sejuta tahniah kepada Datuk Lee Chong Wei kerana memberikan saingan yang sengit dan berbisa.Kepada Lin Dan,i luv u,kau memang terbaek,main laju,mental kuat,berkarisma kat dalam gelanggang n badan pon boleh tahan...HaHaHa,aku nak jadi macam kau la,tapi bukan dalam badminton tapi dalam sukan silat.
Tetiba melencong jauh pulak daripada tajuk asal,hehe,akhir sekali terima kaseh kapada geng-geng technician SPT Team terutama pada Team A kerana ni la team aku,Team SPT B & C,Preventive Maintenance Team,Project Team & kepada semualah yang pernah berurusan dengan aku,dan yang paling penting operator-operator cantik merangkap kesayangan aku...hehehehe...pasni dah tak boleh dengar "abang,mesin rosak"...
Doakanlah aku dapat menyesuaikan diri di tempat kerja baru di
TNB Transmission nanti.Kenangan bersama sewaktu di Western Digital tak akan aku padamkan di minda dan akan selalu tersemat di hati ini.
Ilal Liqa'