Subscribe:

Tuesday, October 22, 2013

Isteriku



Dia seorang tukang masak yang rutin memasak makananku,
Dia pencuci pakaianku,
Dia yang menyusu anakku,
Dia yang bangun awal menyediakan keperluanku,
Padahal semua itu bukan kewajipannya...

Selain dari itu,
Dia dapat menahan hatiku dari perbuatan haram,
Dia yang sering menjaga hati dan maruahku,
Dia adalah isteriku bagi diriku bergelar suami...

Terima Kasih Sayang

25 Oktober 2013 - Alhamdulillah.5 bulan kita sebagai suami isteri,semoga amalan,iman dan hubungan kita bertambah baik.

Saturday, June 15, 2013

Doa Untuk Alif & Husna


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Ya Rahman , Ya Rahim, Ya Muhaimin 



Sesungguhnya Engkau Maha Pemurah,Maha Penyayang lagi Maha Memelihara. 

Peliharalah rumahtangga Alif & Husna yang baru dibina dengan izinMu. 
Bantulah Alif & Husna menjadi suami isteri yang soleh & solehah.
Bantulah Alif & Husna berusaha untuk memperbaiki diri mereka dan 
membina sebuah keluarga mawaddah untuk menuju jannah Mu. 

Murahkanlah rezeki kepada mereka rezeki yang halal, kesihatan fizikal & mental.
Kuniakanlah zuriat kembar yang soleh & solehah kepada Alif & Husna . 
Engkau lindungilah mereka & zuriat mereka dari musibah & bisikan syaitan yang direjam.

Peliharalah hati-hati mereka dari sifat-sifat takbur,sombong, bongkak, ego,bakhil & merendahkan orang. 
Semaikanlah hati mereka dgn sifat-sifat yang ada pada Rasullullah.
Ya Allah bantulah Alf & Husna berusaha menjdi anak menantu yang baik.
Ya Allah sesungguhnya rezeki,jodoh & mati rahsia Mu.
Engkau murahkanlah jodoh adikku & sahabat ku yang aku kasihi. 
Engkau pertemukanlah mereka dengan pasangan yang dapat membimbing mereka & membantu mereka mendekatiMu menuju jannah Mu…
Perliharalah mata mereka dari melihat perkara yang tidak benar…

Hanya kepada mu aku berserah,
Hanya kepadamu aku mohon pertolongan
Amin….