Subscribe:

Friday, December 31, 2010

Terima Kasih Skuad Harimau Malaya

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم





Alhamdulillah,hari ni aku dapat bernafas di rumahku keluargaku.Ala,orang ada cakap "home sweet home"...HaHaHa...Pantang ada cuti,pasti aku akan terus balek kerumah.Terima kasih kepada skuad bola sepak Malaysia atas kejayaan dalam Piala AFF Suzuki.Tanpa kalian,kami pasti tak merasa cuti yang amat bermakna ini.(tak cuti pon,sebab nanti kena ganti balek kelas yang dibatalkan ni)...Tapi tak pe,sebab tu kelas Math,ganti lah 200kali sekalipon,aku tetap akan hadir kelas tersebut...

Mungkin ini post terakhirku dalam tahun 2010 ini.Tahun ini merupakan tahun amat manis bagiku.Mana taknya,dapat sambung belajar,dapat masuk game silat kebangsaan(sampai berjahit pipiku ini).Harapan ku untuk tahun 2011,aku nak sambung degree,nak jadi jurutera yang berjaya..yearghhh,ameennnn...

Semoga kita sentiasa bersyukur suapaya Allah akan sentiasa memberkati hidup kita...

Ilal Liqa'

Sunday, December 26, 2010

Semangat Malaysia

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم








Alhamdulillah,syukur bola sepak Malaysia menang 3-0 dalam Final Pertama Piala AFF Suzuki Cup.Tahniah kepada semua pemain Malaysia dan para jurulatih serta penyokong.
Diharap pemain Malaysia akan menang pada Final Kedua pada hari depan di Stadium Bongkarno.

Semoga semangat pemain Malaysia dapat memberikan inspirasi kepadaku dalam meneruskan semangat dan terus fokus dalam study ku...

Nota Kaki:Tak sia-sia aku tonton game bola ni dgn adek-adekku...esok pagi baru bertolak balek ke Hutan Simpan.hahaha

Wednesday, December 22, 2010

Sanah Helwah Abah!!!

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم




Allah Selamatkan Kamu,
Allah Selamatkan Kamu,
Allah Selamatkan Abu Bakar Bin Ahsan,
Allah Selamatkan Kamu...

Happy Buffday yang ke-57tahun...
Along doakan semoga Abah:

1.Semoga Allah panjangkan umur Abah.
2.Semoga Abah beri kesihatan yang baik kepada Abah.
3.Semoga Allah murahkan rezeki Abah.
4.Semoga Allah memberkati hidup Allah.
5.Semoga Abah berbahgia selalu.
6.Semoga semua anak-anak Abah menjadi anak-anak soleh dan solehah.

Abah doakan along bahagia tau.
Along sayang abah...<3<3>3

Sunday, December 19, 2010

Ada Apa Dengan Hati

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم




Assalamualaikum,post kali ini aku nak kongsi mengenai "hati".Apa itu hati?
Hati mengikut istilah wikipedia adalah merupakan organ homeostasis yang memainkan peranan penting dalam proses metabolisma dalam manusia dan haiwan.

Apa kena mengena hati ngan post aku kali ini?huhu,ntahla,arini aku rasa tak sedap hati je.Nak bertolak balik ke Politeknik pon tak sedap hati ke?maybe mainan perasaan aku je kot.

Aku pon tak tau apa yang menyebabkan aku tak sedap hati:
+Mungkin aku tertekan kot?
+Mungkin aku tengah susah hati kot?
+Mungkin perasaan saja kot?
+Mungkin aku tengah risau kot?
+Mungkin aku jiwa kacau kot?
+Mungkin aku takut kot?

Jawapan yang diatas adalah mengarut sekali.Dalam Islam ada mengatakan bahawa lintasan
pertama hati kita datang dan bersumberkan dari Allah,dan lintasan kedua dan berikutnya datang dai syaitan.Ermmmm,Alkisahnya,sepanjang drive perjalanan tadi nak pulang ke jungle aku rasa tak sedap hati.Masa tu tengah hujan lebat,memang lebat dan ada accident teruk lagi kat jalan raya,aku memang tak sanggup nak tengok accident tu.Sampai Highway Kesas,aku tekad untuk patah balik kerumah,memang kerja giler kan...Aku pon cari la flyover untuk patah balik menuju ke rumah ku.

Sampai rumah je,aku rasa lega sikit hati ini...Alhamdulillah,esok pagi pukul 5pagi baru aku bertolak balik ke jungle...

Itu saja coretan malam ini...
Assalam...

Saturday, December 18, 2010

DAMAI

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم




Damai yang dirasa
Melihat warnanya
Tenangnya di mindaku
Suasana kehijauan yang indah
Kicauan berburung rimba
Berterbangan bebas di dalam rimba raya
Pepohon turut berlagu
Menerima sentuhannya sinaran sang mentari hari
Oh... di alam rimba damai dirasa
Segala-galanya terlukis sempurna
Di alam rimba keajaibannya
Pesona di jiwa

Di rimba tiada
Derita, sengketa
Tiada kudengari
Tangisan sepi yang mengguris hati
Sang pelangi ceria
Menanti kehadirannya gerimis senja
Bisikan tersirat air
Turut sama menghiasi
Keindahan ciptaan Ilahi


p/s:post kali ini hanya nak menyedapkan hati yang sedang bergelora mengenai dunia dialam fantasi..hahaha,tak la,dilemma tinggal dalam hutan sebenarnya...
Selamat beramal dan renung-renungkan(^^)

Cakap-Cakap (Part2)

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم






"Hanya orang yang sibuk sahaja yang mempunyai masa untuk dirinya,keluarga,masyarakat dan beribadah.Adakah kita tergolong dalam golongan orang yang sibuk atau golongan yang penyibuk?"


Persoalan ini hanya boleh dijawab oleh diri kita sendiri,Mari muhasabah diri kita.


Selamat beramal dan renung-renungkan(^^)

Friday, December 17, 2010

Cakap-Cakap (Part1)

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم




"Jika memang Allah takdirkan kamu untukku maka sejauh mana kapal itu berlabuh pasti akan datang jua. Namun jika tidak, maka yakinlah bahawa janji Allah lebih baik dari yang kamu duga"


***Selamat beramal dan renung-renungkan (^^)***

Sunday, December 12, 2010

ROTI CANAI VS ROTI KOSONG

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Roti kosong VS roti canai.Ada apa dengan tajuk kat atas tu?hehehe,siapa tahu perbezaan antara roti kosong dengan roti canai?angkat tangan cepat!!!!sapa dapat jawab saya bagi RM100...tettttt..lambat...hahahaha...

Post kali ini gua buat khas untuk adek gua yang bernama Adib...Si Adib ni,boleh pulak nak melawan cakap dengan aku pasal perbezaan roti kosong dengan roti canai.Alkisahnya disuatu malam di sebuah restoran di Kota Kemuning Shah Alam,gua,Adib dan Abhar(diorang ni adek gua)lepaking disana untuk menjamu selera makanan,.

Adib
,post ni untuk kau...Meh sini along ajar apa dia perbezaan roti kosng ngan roti canai okey...

1.Roti Canai








2.Roti Kosong








Kesimpulannya,tiada beza roti kosong dengan roti canai,kalau nak lihat perbezaannya,tengoklah gambar kat atas tu,memanglah,ada orang panggil roti canai tu roti kosong dan sesetengah orang pulak panggil roti kosong tu dengan roti canai,kalau nak sangat makan roti kosong,x payah penat-penat pergi kedai makan sebab kat rumah da tersedia roti kosong dengan banyaknya.

Lagi satu perkara,Adib,kau jangan nak melawan cakap along,sebab "aku kan abang"...

(^_^)

Tuesday, December 7, 2010

Salam Maal Hijrah



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum,semoga pagi tahun baru ini kita lebih bersemangat untuk menempuh perjuangan hidup pada masa akan datang.

Tahun baru umpama membuka lembaran buku baru yang dicatat oleh malaikat 'Rokib' dan 'Atid'.Semoga kita berfikir dengan lebih waras sebelum melakukan amalan yang ditegah oleh syarak.

Semoga ditahun baru ini keimanan kita bertambah seiring dengan pertambahan usia kita hidup di muka bumi ini,amalan kita diterima Allah dan agar Allah melindungi kita daripada terputus menerima hidayah dan pertolongan daripada Allah.

Ayuh,marilah kita sama-sama berhijrah menjadi Islam yang lebih baik.Manusia yang takut berubah ialah manusia yang gagal.

Pepatah arab berbunyi "Man Jadda Wa Jadda" yang bermaksud "sesiapa yang berusaha bersungguh-sungguh pasti akan berjaya",InshaAllah...


KATAKAN CUKUP PADA DOSA LAMPAU

Sunday, December 5, 2010

Ada Apa Dengan Alif?

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



Salam kepada diriku sendiri...kat sini nak kongsi mengenai rahsia bulan kelahiran May...Saje nak lawan entri Cik Akma...
Kita tengok perbezaan orang yang lahir bulan MAC dengan bulan MAY

1.keras hati dan degil
~yearghhh,kalau tak degil,nukan ANAK SULONG namanya...~

2.kuat semangat dan bermotivasi tinggi
~hahaha,memang semangat,lagi2 kalau nak balek umah~

3.pemikiran tajam
~tajam ke?tak pernah asah pon,hehehe~

4.mudah marah jika tidak dikawal
~aku memanh seorang yang pemarah,so jauhilah aku k~

5.pandai menarik hati orang lain dan menarik perhatian
~yang ini tak betul sebab tak pandai pon bab "menarik,tertarik kau memang the bomb"~

6.perasaan yang sangat mendalam
~betul3x,kalau aku nak satu benda,mesti hajat aku tu akan tercapai~(sian abah,hehe)~

7.cantik dari segi mental dan fizikal
~penipu je,~

8.tidak perlu dimotivasikan
~aku perlu motivasi,kalau tiada motivasi ibarat teh tiada gula~

9.tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain
~dalam membuat keputusan kita mesti mengambil pendapat orang lain,dan pendapat yang terbaik perlulah menjadi penyelesainnya~

10.mudah dipujuk
~tak pernah kena pujuk~

11.bersikap sistematik ( otak kiri )
~1+1=2(sistematik la tu)~

12.suka berangan
~sedangkan mimpi perlukan angan-angan,inikan pula kehidupan~

13.kuat daya firasat, memahami apa yang terlintas dihati orang lain
~hati-hati,saya boleh menyelami hati orang lain,cuma malas je nak cerita~

14.mudah diserang penyakit di bahagian telinga dan leher dan lemah sistem pernafasan
~aku tak ada asma,hope dijauhkan~

15.pandai berdebat
~malas la nak berdebat,diam sudah~

16.fizikal yang baik
~ye ke?~

17.suka sastera, seni, muzik dan melancong
~nak melancong jauh-jauh~

18.tidak berapa suka duduk dirumah
~home sweet home~

19.tidak boleh duduk diam
~tak kan nak duduk bisng pulak kan,duduk diam2 je la~

20.tidak punya ramai anak
~aku nak anak ramai....~

21.agak boros
~boros kot,nanti dah keja confirm tak~


Ini semua kajian je,ada yang betul,ada yang tak...
Kesimpulannya,
selamat beramal dan renung-renungkan
(^_~)

Wednesday, December 1, 2010

Ayuh Kembali Ke Sekolah

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Pejam celik,pejam celik,dah kena balek ke sekolah,
Cuti 2minggu pon dah berlalu,macam tak rasa je cuti...
Yearghhhh,ayuh semangat,datanglah padaku...
Petang ni da nak kena berangkat balek ke jungle untuk meneruskan saki baki study yang tinggal 1semester je lagi...
Last Semester+Last Year Study=Last Girlfriend?...hahaha,awek pon tak de,ada hati nak ada girlfriend...

Back to topic,
petang ni,selepas zohor aku akan berangkat balek menggunakan kekasih hatiku yang no.1...



Jentera Yamaha LC135 ni dah berbakti kat aku hampir 5tahun...
Dari aku form5 ketika itu,usiaku 17tahun...
boleh je nak naik kereta,tapi kalau naik kereta,faham-faham je la kan,
mesti nak merayap jauh-jauh nanti,tak jadi nak study pulak...

K la,tu je,assalamualaikum...
Selamat beramal,dan renung-renungkan...

Monday, November 29, 2010

Dikau



Kau iramaku.
Kau melodiku.
Bila bunyi beralun.
Harmoni.
Saat aku menulis buku.
Kau hadir tersenyum.
Aku lakarkan wajahmu.
Berseri.
Kau lengkapkan separuhnya.
Hanya aku yang lainnya.
Meniti dari hari ke hari.
Susahnya.
Setiap hari berjumpa.
Setiap waktu bertukar.
Bila menunggu.
Tak terbayang mata.
Kau hujan, kau rintisnya.
Saat menitis.
Rindu...

Friday, November 26, 2010

Alhamdulillah

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Minggu ni minggu seksa bagi aku,sebab kena menempuhi dua benda yang mengerikan dalam minggu ini...bak kata pepatah,mandi tak basah,tidor tak lena...memang serammmm...
Perkara pertama yang aku tempuhi ialah interview di TNB (Transmission).



Seawal 7.30pagi aku da terpacak di Crystal Plaza untuk bersedia ditemuduga...Seramai 20orang calon,dan aku menjadi orang terakhir diinterview,sebab ape?sebab,nama aku yang terakhir dalam senarai interview tu...Gambar dibawah menunjukkan situasi interview tersebut.Panel 3orang,dan disediakan dashboard dan marker pen untuk calon interview melukiskan litar-litar elektrik,dan lain-lain yang berkaitan mengenai elektrik tapi lebih kepada transmission.



Perkara kedua ialah result exam



Fuh,memang cuak giler tyme nak tengok result tu,
Alhamdulillah,aku lulus semua subject,pointer????3.++,tapi tak dapat dean list dan bersyukur sangat,tu la kat jungle tu banyak sangat tido.



yearggghh aku dapat 4 subjek A+,3subjek b+ & 2subjek dapat C(yang C ni memang killer subject)..
yearghhhh programming aku dapat A+...thankss to miss kali..aku memang minat programming...

to all my classmate PTK,gud luck yer final sem nanti..semoga kita berjaya sama-sama...
Ameen...

Saturday, November 13, 2010

Morning!!!


Salam...

Just nak ucapkan CONGRATULATION kpd YANA sebab dapat result yang gempak dalam exam nya...dean list tu....salute99x...

Semoga lebih hebat,cemerlang di sem akan datang...
Bak kata Dr.Fadzillah Kamsah,"insan yang cemerlang datang dari minda yang cerdas dan badan yang cergas..."

Renungkan-renungkan dan selamat beramal...

Thursday, November 11, 2010

Selesai Sudah



Alhamdulillah,

Final exam dah habis untuk sem5 ni,
Semua paper exam tough-tough,
bukan level diploma punye soalan,
tapi dah macam level degree...
Tapi tak pe,
Kita sudah berusaha,Allah yang tentukan....
Ya Allah,lembutkanlah hati lecturer ku agar memberikan markah gempak-gempak untuk semua paper exam ku...
Ameen...

Sunday, November 7, 2010

~Ya,saya jatuh cinta kat awak bukan kerana Allah @ kecantikan awak,harta awak..Saya jatuh cinta disebabkan SYAITAN~~


-------------------------------------------------------------------------------------
Alkisah. Seorang lelaki A datang berjumpa dengan seorang perempuan. Perempuan yang paling 'hot' di kampusnya, kerana memiliki rupa paras yang fotogeniklah katakan, cantik, menawan dan yang paling orang suka dia ni seksi dan berada. Tapi sayang, dia bkn muslim.

Saya malas mau tulis panjang lebar. So, dialog ringkas sajalah(tak juga ringkas nie). Tapi sebelum tu, biar saya bagi tau korang ciri-ciri lelaki A tu. Lelaki A merupakan anak seorang Dato' entahlah Dato' apa. Saya pun tak berapa tau. Yang penting mamat ni kaya, kacak, bergaya. Nak gi kampus pon pakai kereta mewah, dah tu ada drebar pulak. Fuih, sape tengok, melopong je lah.

Alice: Apasal awak datang nak jumpa saya?
Lelaki A: Saya dah jatuh cinta kat awak.
Alice:(memandang lelaki itu dengan sinis) sebab?
Lelaki A: Kerana awak cantik. Sesiapa yang memandang awak sekilas pasti tak puas. Sudikah awak jadi gf saya?
Alice: Tapi..
Lelaki A: Jangan risau Alice. Saya ada segala-galanya. Harta..kebahagiaan..dan apa je awak mintak, saya boleh bagi.
Alice: Maafkan saya, saya ada kuliah. (perempuan itu sengaja membuat dalih)
-------------------------------------------------------------------------------------
Seminggu kemudian. Perempuan 'hot' nie di datangi seorang lelaki lagi. Lelaki B. Yang ni, penampilan dia agak islamik'. Pakai baju Melayu siap bersongkok pulak tu. Tapi, hati dia kita tak taukan. Apa-apa pun, kenalah bersangka baik.

Alice: Ha, ada apa erk?
Lelaki B: Assalamualaikum. (ucap lelaki tu lembut)
Alice:(agak terkedu seketika) Waalaikumsalam. Kenapa awak datang nak jumpa saya?
Lelaki B: Saya...saya...
Alice: Kenapa? cakaplah..
Lelaki B: Saya jatuh cinta kat awak..
Alice: sebab?
Lelaki B: Perlukah bersebab?
Alice: Ya. Sebab saya tak pernah kenal awak, tau2 awak dah jatuh cinta..
Lelaki B: Baiklah, saya cintakan awak kerana Allah telah ciptakan perasaan cinta dalam hati saya untuk awak.
Alice: Owh. (Perempuan itu melihat jam tangannya) Maaflah, saya ada study group. Lain kali kita borak lagi.

Maka tertinggallah lelaki B keseorangan tanpa jawapan dari sang gadis itu.
------------------------------------------------------------------------------------
Seminggu yang seterusnya, perempuan itu didatangi oleh seorang lagi lelaki. Lelaki C. Kali ini, lelaki C berpenampilan biasa dan sederhana saja. Wajahnya juga tidaklah sekacak mana namun ada sesuatu pada wajah itu. Entahlah apa. Perempuan itu mengulum senyuman manis untuk lelaki itu kerana dia pasti bahawa lelaki ini pasti akan bercakap benda yang sama.


Alice: Saya tau kenapa awak datang nak jumpa saya..
Lelaki C: (Termangu seketika) Awak dah tau?
Alice: Why not? Awak cintakan saya?
Lelaki C: Ya, saya menyintai awak.
Alice: (tersenyum sinis) Well, kenapa pulak? Sebab Allah telah menghadirkan perasaan cinta kat dalam hati awak untuk saya?
Lelaki C: (hanya mampu tunduk)
Alice: Kenapa diam? atau..awak jatuh cinta di sebabkan rupa saya..atau saya ni seksi..atau..saya ni anak orang berada..
Lelaki C: Demi Allah, semua itu tak betul.(Lelaki C berubah menjadi tegas). Ya, memang benar saya jatuh cinta kat awak tetapi bukan kerana Allah atau kerana kecantikan awak, harta awak.. saya jatuh cinta disebabkan Syaitan Durjana. Syaitan yang mendorong saya untuk mengejar awak. Kemana saja awak jalan, mata saya akan mengekori awak. Tatkala rambut ikal awak terbang ditiup angin, saya rasa perasaan saya kacau.Wajah cantik awak sentiasa datang bermain di jiwa saya pada hal saya tak menginginkannya. Saya rasa rimas dengan perasaan saya. Saya semakin hanyut. Semakin terleka.
Alice: (terkedu) Apa awak nak?
Lelaki C: Saya tak mahukan apa-apa. Mungkin hanya sekelumit simpati. Hanya kalau awak sudi. Maafkan saya, saya mohon untuk berlalu.
Alice: Nanti dulu, siapa nama awak? Macam mana saya nak tolong awak?
Lelaki C: Nama saya, ah, tak layak saya nak beritahunya kat awak. Sesungguhnya nama yang saya pinjam ini sungguh mulia. Saya pasti awak tau apa nak dibuat. Maafkan saya, saya tak sanggup nak berlama-lama di sini.. Syaitan itu sentiasa membisikkan perkara yang jahat ke telinga manusia. Salamu'alaikum.

Alice hanya melihat langkah lelaki itu tanpa sepatah kata.

Dua tahun kemudian.

Akif merehatkan dirinya di pelantar rumah sambil menghirup udara segar pagi. Tiba-tiba dia disapa oleh ibunya.

Ibu: Akif, ibu teringin nak tengok Akif berumah tangga. Akif tak de ke pilihan hati Akif sendiri?
Akif: Entahlah ibu. Susah kita nak mencari pasangan yang betul2 berdiri di atas landasan yang teguh.
Ibu: Akif, ibu faham. Memang susah nak cari orang yang seperti itu, kalau ada pun, nisbahnya kecil. Manusia makin hanyut ditelan arus dunia. Semakin moden, semakin lupa tanggungjawab kita sebagai muslim. Tapi Akif, kita juga boleh menjadi pengubah.
Akif: Ibu.. Akif faham. Insya Allah ibu, Akif akan cari seorang perempuan..jika dia tak seperti yang Akif harapkan, Akif yang akan membentuk dia, mengubah dia. Akif akan cuba laksanakan permintaan ibu.
Ibu: (tersenyum) Akif, ibu rasa, ibu sudah berkenan dengan seorang gadis ini. Dia baik dan manis juga orangnya. Pekerjaannya juga mulia. dia bekerja sebagai seorang guru di sekolah menengah agama. Ibu dah berbual-bual dengan ibu bapanya. Baik sungguh mereka itu.
Akif: Siapa dia ibu? siapa nama dia?
Ibu: Nur Alissa Zakiyyah...

Seminggu sebelum hari pertunangan. Waktu itu, Akif berada di rumah Nur Alissa Zakiyyah. Baru kali pertama Akif ke sana. Rumah yang dijejakinya ini sungguh besar dan luas. Halamannya juga menarik bersama landskap yang begitu teratur. Bunga-bungaannya memukau mata. Suasana agak hingar-bingar. Ibu Akif berada di dalam rumah mungkin sedang sibuk membantu mereka yang lain menyiapkan juadah makan tengah hari bersama.

Akif berjalan menuju ke suatu sudut di halaman itu namun langkahnya terhenti apabila terlihat seorang gadis bertudung hijau lembut sambil mengenakan pakaian baju kurung..entahlah baju kurung jenis apa yang penting ianya gubahan moden seiring mengikut zaman. Gadis itu seperti pernah dilihatnya di dalam sekeping gambar. Gambar yang diberi ibunya. Mungkinkah itu bakal tunangnya?

Akif memberanikan diri untuk menyapa gadis itu.

Akif: Assalamu'alaikum.
Alissa: Wa'alaikumsalam. (Alissa tersenyum lantas membelakangi Akif)
Akif: Awakkah Nur Alissa Zakiyyah??
Alissa: Dan awak pula Akif Rahmankan?(soal Alissa tanpa menjawab pertanyaan Akif terlebih dahulu)
Akif: ya. Akif Rahman Bin Razaq. Awak belum jawab soalan saya..
Alissa: Hum.. akhirnya...
Akif: (Akif hairan) Kenapa? Pernahkah kita bertemu atau berkenal?
Alissa: Ya.
Akif: Siapakah awak? (tanya Akif penuh kehairanan)
Alissa: Nama saya Nur Alissa Zakiyyah binti Aziz. Sayalah Alice.
Akif: (terkesima) Subhanallah. Awak dah berubah, saya langsung tak cam awak. Macam mana awak boleh jadi macam ni?
Alissa: Bukankah awak yang meminta sekelumit simpati dari saya?
Akif: Alice...(terharu..)
Alissa: Akif, saya dah jatuh cinta kat awak. Dah lama..
Akif: Sebab?
Alissa: Saya mencintai awak kerana agama yang ada pada awak...

Akif hanya tersenyum.. :)

Kesimpulan yang dapat kita ambil,carilah pasangan hidup berpandukan agamanya...Kerana agama adalah segalanya,agamalah yang memberikan kecantikan,agamalah yang memberi harta dan agamalah yang memberikan pangkat...Renung-renungkan dan Selamat beramal...

Sunday, October 31, 2010

Exam Bermula

Bismillahirrohmanirrohim....


Esok,bermulalah episod sebuah perjuangan...Aku sungguh risau untuk menghadapi hari-hari peperiksaan seperti akan menghadapi hari akad nikah...hehehe...ntah la...cuak,seram...



tapi x la macam dalam gambar diatas,aku bertindak untuk lebih relax n cool...


sudah pastinya,dewan peperiksaan akan penuh dan pasti banyak gelagat yang akan dirakamkan oleh sang dewan tersebut.




Kepada coursemate ku PTK5C,chayok2 n smoga kita semua lulus dengan cemerlang..Ameen


Saturday, October 30, 2010

Memori Semalam

Sedang menelaah buku untuk final exam,tetibe pulak terkenangkan kesah lalu

Tetibe Teringatkan Zaman Sekolah Menengah

Teringat kat kawan-kawan,cikgu,ustaz,ustazah


gamba tyme form5,nama kelas aku 5Siddiq(aku pakai baju warna hijau,sbb tyme ni aku jadi Presiden Library..hehe)


pastu,aku ade member baik,nama dia Safrin.dari sekolah rendah,sampai r sekolah menengah sama,dari sekolah rendah satu kelas yang sama,sampai sekolah menengah form5 pun kelas yang sama,gempak tak?,tapi lepas SPM kitorang bawak diri dan haluan masing-masing,Safrin masuk UITM aku pulak masuk Politeknik Shah Alam...
Tapi tak bermakna kitorang terputus....



aku dan safren sedang melakukan treatment kaki(x tau la,mesti banyak ikan mati.hahaha)


Semoga persahabatan kami kekal hingga ke akhir hayat.
Selamat beramal dan renung-renungkan...

Wednesday, October 27, 2010

Ada Apa Dengan Exam....


MAK

ABAH

doakan anakmu ini dapat menjawab soalan dengan mudah agar keputusan nnt x mengecewakan mu wahai MAK ABAH...


final exam aku start 1/11/2010-9/11/2010

ade 4 PAPER

1.Mikro Pemproses

2.Analisis Litar

3.Matematik Kejuruteraan4

4.Sistem Aplikasi Komputer


so kawan-kawan semua,doakan kejayaan kawanmu ini k...
x saba nak hbskan dip ni...

Saturday, October 9, 2010

SOLAT DI AKHIR WAKTU



Rupa-rupanya ada cerita
kalau kita
lewatkan sembahyang kita yea

Jika berpuasa
Amalan kita
direct terus padaNya
Tapi
Jika bersembahyang
Ada posmen pula
Untuk hantar amalan kita padaNya

Kisahnya.....
Setiap kita ada malaikat
Malaikat yang hantar amalan sembahyang kita
Pada Ilahi

Untuk sampaikan amalan kita
Ia melalui tol-tol di setiap lapisan langit
Dimana setiap penjaga tol,
Kroni malaikat juga

Jika sembahyang di awal waktu
Tolnya "free"
Sekatan tol tiada
Tiada "jem"
Malaikat terus sampaikan amalan pada Tuhan
Untuk dinilaikan

Tapi
Jika sembahyang di akhir waktu
Tol free juga
Tapi sekatannya
MasyaAllah....

Di langit pertama,
Penjaga tol marahkan posmen kita
Kenapa lewat poskan amalan kita
Merayu-rayu posmen malaikat kita
Minta diberi laluan
Tetapi... penjaga langit pertama
Tidak hairan
Dicampakkan amalan lewat sembahyang tadi ke bumi
Maka..
Jatuh berderai...
Dikutip semula oleh Malaikat posmen kita
Satu persatu dikutip
Sambil terus merayu untuk ke lapisan langit ke-dua

Dilangit kedua,
Samalah juga,
Bebelan malaikat kerana lewat hantar amalan
Merayu lagi kawan kita
Tak dipedulinya
Lalu dilemparkan amalan lewat sembahyang kita tadi
Jatuh berderai lagi...
Dikutip satu persatu amalan kita
Dirayu lagi untuk diserahkan amalan kita pada Tuhan

Dilangit ketiga,
La. ... Kena basuh lagi malaikat posmen kita
Kenapa lewat hantar amalan tersebut
Tiada kompromi
Terus dibaling amalan kita
Jatuh berderai amalan kita
Tak ade nilai....
Dan tiada lagi dikutip dan dirayu lagi
Maka...
Tak sampailah amalan kita kepada Allah
Seolah-olah kita tak sembahyang juga
Maka...
Bersedialah kita menerima pembalasannya
Tak di dunia di akhirat pula
Hilang duit, Hati risau, Tender ditolak,
Kasih hilang, bahagia tiada
Ujian bertimpa-timpa

Ish....
Tak berbaloikan kita buat amal
Tapi tak sampai
Dahlah tu
Tak de nilai
Kena azab lagi nanti

Ya Allah...
Ampunkan kami...
Kerana lalai...
Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun
Lagi Maha Penyayang

Jadikan hati kami
Suka sembahyang di awal waktu
Gawatkan hati kami selagi kami tak segerakan
Biarlah kami gawat di dunia
Agar kami tidak gawat lagi
Di hari akhirat kelak


Semoga kita mengambil iktibar daripada post ini...
tq ariz

Thursday, September 9, 2010

Selamat Hari Raya




Berlalu ramadhan fajar syawal menjelma
muslimin muslimat menyambut hari raya
takbir dilaungkan tahmid dibacakan
sebulan puasa telah disempurnakan
diucapkan selamat hari raya
selamat hari raya..

berkumpul sanak-saudara bersatu keluarga bahgia
berseri wajah ayah bonda berkuntum senyuman ceria
di ambang satu syawal menjelma terlerai rindu yang membara
sekian lamanya tak bersua kini bertemu di hari raya
diucapkan selamat hari raya
selamat hari raya..

Berlalu Ramadhan fajar syawal menjelma
muslimin muslimat menyambut hari raya..
tangan dihulurkan mohon kemaafan
ikhlaskan di hati syukur pada Illahi
diucapkan selamat hari raya
selamat hari raya..

sedang menjamu selera dengan juadah yang tersedia
jangan pula kita lupa kepada yang tak berupaya
hulurkan sedekah dan bantuan ringankan bebanan mereka
agar dapat turut bergembira menyambut hari yang bahagia..
diucapkan selamat hari raya
selamat hari raya..

berlalu ramadhan fajar syawal menjelma
muslimin muslimat menyambut hari raya
sambil berkunjungan maniskan senyuman
tanda kemesraan kita sesama insan
diucapkan selamat hari raya
selamat hari raya..

dalam riang bergembira ingatlah pada yg tiada
di pagi lebaran yg mulia kunjungilah pusara mereka
tiada apa harta dibawa hanyalah amalan di dunia
doakan semoga sejahtera bertemu yg Maha Esa
di ucapkan selamat hari raya
selamat hari raya......

Tuesday, August 31, 2010

AWAY!!!



Bermulalah perjalananku untuk balek ke rumah sewa dan meneruskan perjuangan untuk menuntut ilmu di tempat study...
Sabar,sabar,sabar...
Rabu,Khamis,Jumaaat...
3 hari je,pastu cuti,3hari pon,tiga-tiga hari ada TEST...
warghhhhhh....
naseb baik assignment dah siapkan awal2x,bley fokus untuk TEST nanti...
doakan aku dapat menjawab TEST dengan cemerlang,InsyaAllah





selepas malalui dugaan dalam belajar dalam minggu ni,boleh la aku mengukir senyuman macam adek kat atas tu kan...hehehe


orait,itu sahaja coretan ku kali ini,panjang umur kita berjumpa lagi...
wa ilal liqo'

Monday, August 30, 2010

Mencari Yang Maha Satu



Terkapai-kapai diri dihanyut arus waktu
Kegelapan hati yang sering buat ku keliru
Dalam menguji pergolakkan emosi diri
Tak siapa tahu ada yang memerhati

Mencari yang Maha Satu itu yang ku tuju

Di dalam menjalani tiap dugaan yang diberi
Membawa pengertian hidup yang abadi
Tanpa perlu menipu diri sendiri
Yang menjadi lumrah duniawi

Seandainya kau yang memberi ruang
Akan ku baikki setiap kekurangan
Oleh itu diri yang memerlukan
Petunjuk darimu oh Ilahi

Kau yang Maha Satu

Diriku kini masih tercari-cari
Jawapan misteri tiap persoalan ini
Ku akui kesalahan dibuat segalanya
Gelap jadinya ku terima seadanya

Ku cari terus ke situ
Itulah lampu hidupku
Terangilah gelap hatiku
Ku pohon restu dariMU

Akan ku baikki setiap kekurangan
Oleh itu diri yang memerlukan
Petunjuk darimu oh Ilahi

Apabila tersilap langkahku
Tiba-tiba berbisik namaMu oh Ilahi
Terdetik di hatiku untuk sujud ke pangkuanMu
Memohon ampun dariMu

Tak seharusnya ku tergoda lagi
Dunia ini yang sesat membuntukan jiwaku
Kini ku mengakui teguranMu
Yang membuat ku sedar siapa diriku ini

Tak semua lahir sempurna tak semua lurus jalannya
Bermulalah cerita yang dijadikan cerita
Dengan izin Yang Maha Esa yang wujud
Aku cinta dan cita
Segala yang ada bermula dari maha esa
Aku akui harapan kasih dan hasratku tak setajam itu
Yang amatku risau lidah mudah di banjari
Fitnah melilau-lilau
Tuhan lindungilah dia dari kata-kata jahat itu
Doa-doa di pohon sentiasa setiap masa
Ampunilah dosa-dosa semasa lalu ke sana
Dewasakanlah pemikiranku yang tak semegah mana
Salah silap ku berkarya tak pernah ku salah guna

Sunday, August 22, 2010

Semangat Datanglah Padaku!!!

><


Alhamdulillah,minggu ni dapat balik ke rumah berbuka puasa bersama keluarga tercinta, solat berjemaah...seronok,tak dapat bayangkan Hari Raya nanti,confirm lagi seronok...
Sebenarnya,sejak akhir-akhir ni,aku selalu terpikir tentang tajuk di atas [Semangat Datanglah Padaku!!!]?...tak tau la mengapa,kenapa,apakah persoalan tersebut sering bermain di ruang legar mindaku,mungkin aku study di pedalaman,ceruk?ah,itu semua mengarut...ni baru diploma,dah macam-macam dugaan aku rasa,belom degree lagi ni...
Kuatkan semangat aku Alif...Yearghhhh...


Alif,walaupun di mana kamu berada anggaplah itu cuma gula-gula(pemanis)...sebab gula-gula itu manis,maka telanlah segala dugaan itu dengan manisan dan anggaplah semua cabaran itu macam gula-gula...haha


Kepada classmate kelas ku DTK5C,ayuh!!!bangunlah semangat kalian untuk menghabiskan sisa-sisa study disinun...1sem je lagi,sekejap je tu,pejam celik pejam celik dah habis...


InsyaAllah,Ya Allah,rajinkanlah aku,buangkanlah sifat malasku,dan berilah kejayaan kepada ku & kawan-kawanku dalam pelajaran kami,ameen

Saturday, August 14, 2010

Kejohanan Pencak Silat Negeri Selangor 2010




Assalamualaikum,
beberapa hari sebelum Syaaban melabuhkan tirainya,
aku dan beberapa orang ahli Silat Cemandi Seri Gayung Selangor telah mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut. Kami bertanding atas tiket "Kuala Langat X".
Kontijen kami seramai 8orang atlit sahaja dibandingkan dengan kontijen daerah lain yang berpuluh-puluh atlit.



Alhamdulillah,berbekalkan semangat kami berlapan dua orang daripada kontijen kami layak ke final dan 3 orang daripada kami layak ke separuh akhir.Pertandingan kali ini merupakan petandingan yang teramai penyertaannya.Mana tak nya,sebanyak 4++ game silat olahraga dipertandingkan.

Kira-kira,5 atau 6 kali lawan baru layak ke separuh akhir atau final.Memang terbaik,kaki dah bengkak pastu masuk final.hahaha...Kontijen "Kuala Langat x" yang beroleh pingat:
1)Azuan [Pingat Perak kategori Dewasa 60-65kg]
2)Adib [Pingat Perak kategori Remaja 51-54kg]
3)Alif [Pingat Gangsa kategori Dewasa 50-55kg]
4)Kamil [Pingat Gangsa kategori Dewasa 50-55kg]
5)Hanis [Pingat Gangsa kategori Remaja 71-74kg]

Tidak beroleh pingat:
1)Izwan [kategori Dewasa 55-60kg terkandas disuku akhir]
2)Isa [kategori Remaja 56-60kg terkandas disuku akhir]
3)Azizi [kategori Remaja 54-56kg terkandas disuku akhir]
4)Hasari [kategori Remaja 60-64kg terkandas dipusingan awal]



Walaupun tak beroleh pingat emas,tapi aku amat berbangga dengan kontijen kami kerana menunjukkan prestasi terbaik dan memberikan saingat yang hebat kepada pihak lawan.

Semoga Persatuan Seni Silat Cemandi Seri Gayung lebih berjaya pada masa akan datang.
InsyaAllah...
Say Go!!!Say Fight!!!Say Win!!!

Sunday, August 1, 2010

Ihya Ramadan



Ahlan Wassahlan Ya Ramadhan,
Semoga aku dapat memenuhkan bulan ramadhan kali ini dengan amal ibadah dan menambah keimanan,
Ya Allah,tingkatkanlah iman dan tetapkanlah diriku dengan Islam,
Janganlah engkau membolak balikkan hati ini tersasar daipada jalan mu yang benar...

Selamat berpuasa kepada semua kawanku...

Ilal Liqo'

Friday, July 2, 2010

Sudahkah Anda Meyimpan Wang Untuk Masa Tua?



Persoalan yang selalu tergambar dalam fikiran aku

Ketika usiaku 21TAHUN barulah aku terfikir untuk membuat simpanan tetap

Bukan apa,sebelum ini banyak juga aku simpan,tapi biasalah orang muda dan bejiwa panas,baru dapat duit dah macam-macam aku nak beli,laptop,PSP,modified 135LC & banyak lagi la.Aku terpengaruh dengan ungkapan ini "Zaman Muda Hanya Sekali,So Kita Enjoy"...haha,alhamdulillah,akhirnya aku tersedar untuk membuat simpanan tetap untuk masa tua ketika ini,aku pegang pada ayat ni "Masa muda boleh enjoy tapi masa tua jangan dilupakan"...takkan bila tua nanti nak mengharapkan duit anak-anak ataupun ihsan orang...bak kata pujangga "lebih baik memberi daripada menerima" & "erti hidup pada memberi"

Aku ada cara macam mana kita semua nak membuat simpanan untuk masa depan:

Akaun 1 (bank A) untuk duit keluar-masuk.

Akaun 2 (bank B) untuk kegunaan emergency.

Akaun 3 (bank C) untuk simpanan tetap.

Apa juga yang anda kehendaki, survey harga, dapatkan yang terendah & berkualiti dan bayar CASH! Elakkan dari bayar ansuran atau 2-3 kali bayar. Kalau belum cukup duit JANGAN BELI LAGI dan ELAKKAN MEMINJAM.

Jangan Cepat terpengaruh seperti terlalu ghairah untuk dapatkan hanfon canggih, laptop terkini & guna apa yang anda ada dulu. Simpan impian untuk dapatkannya secepat mungkin.

Akaun 1 gunakan untuk belanja, beli barang, kegunaan harian, bayar bil, apa yang diperlukan sahaja. Buat cash limit dalam wallet/purse anda seperti RM30 sehari. Jangan belanja lebih dari had yang anda tetapkan. Jangan juga simpan cash untuk seminggu kerana konfom bajet lari. Biar pegi ATM setiap hari kerana anda dalam latihan belajar menguruskan kewangan harian.

Akaun 2 untuk kegunaan kecemasan. Ini adalah back-up sekiranya anda berbelanja melebihi had. Namun untuk keluarkan akaun ke-2, anda hanya dibenarkan keluar 2 kali je sebulan. Kalau urgent, anda mesti tunggu minggu keluaran. Barulah anda rasa macamana orang makan gaji sakit tunggu gaji.

Akaun ketiga untuk simpanan tetap. Anda tidak boleh keluarkan duit anda sehingga anda rasa benar2 perlu. (simpan untuk tempoh jangkamasa lama sehingga anda grad). Ia dapat mebantu anda apabila telah grad nanti, manalah tau kot2 tak dapat kerja lagi...hihi!

Itu je lah yang dapat aku kongsi...
Renung-renungkan dan selamat beramal...

Monday, June 21, 2010

Excited


"Hidup kena excited...hehe sebab bile kita EXCITED,
kita akan berSEMANGAT. bila kita SEMANGAT, kita akan lebih berUSAHA.
bila kita USAHA, kita akan BERJAYA...YEAAAA..Ameen...."


Ya Allah,
kuatkanlah hatiku untuk belajar,
kuatkanlah dan istiqomahkanlah semangatku,
berkatkanlah ilmu yang telah aku pelajari dan yang akan dipelajari,
cemerlangkanlah daku dalam sesi pembelajaran kali ini...
Amen,InshaAllah...

Monday, June 14, 2010

Andai KU Pergi



Cerita hidup kian berlalu
Membawaku ke penghujung
Kaku langkah kian lemah
Kelu lidah untuk bicara

Langit jingga warna senja
Desir bayu membisik duka
Kealpaan nan semalam
Inginku lepaskan luka silam

Bersama rayu doa
Damba keampunanNya

Andai diriku pergi
Tinggalkanmu sendiri
Usah kau sedih
Usah tangisi duga dari Ilahi

Andaiku pergi dulu
Tiba tika dan waktu
Telah tertulis takdir untukku
Perjanjian yang Maha Agung
Doakanku sejahtera disisiNya

Rasa gentar rasa rindu
Bertarung di fikiranku
Wajah ceria, senyum manja
Kisah kita menghapus resah

Maafkan diriku kasih
Kerna buat kau menangis
Restuiku dengan cinta
Jangan kau titiskan air mata

Pintaku redhailah
Terima kasih atas segalanya

Hidup ini sementara
Ujian pasti setia hati
PadaMu kekasih

Moga rahmat hidayahMu
Mengiringiku, menemaniku
Saat akhir waktu

Bersaksi diriku
Tiada lain hanya Kau satu
Memiliki cintaku
Ku serah segalanya kepada Mu

Sunday, June 13, 2010

Rindu Pada Mu




Tiada sehari yang berlalu
Tanpaku mengingatimu
Rindu padamu
Ku sentiasa mendambakan
kasih dan sayangMu

Semalam aku bermimpi
Di dalam hujan ku berlari
Berlari..mencari..
memanggil-manggil namamu
NamaMu yang sempurna

Ku harap dan kuberdoa
Semoga dapat bersua denganmu
Tiada kata
Yang dapat menggambarkan
perasaan yang kualami

Cintaku ini tiada berbelah bahagi
Cinta yang suci dan abadi
Ad'u ila Rahmani
Arju an la TInsani
Fi kullil...awqati Nafsi wa Fuadi
Laka Ya Maliki...

Apakah aku diterima
atau kau kan membiarkan saja
kerana ku berdosa
jangan biarku terhina
Ku merayu PadaMU....