Subscribe:

Friday, June 24, 2011

Jumaat Lagi...

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



Salam kehadapan diariku.Semalam hari Khamis bersamaan 23Jun2011 jam 9malam pergi menjemput puteri-puteri bakal cikgu di seksyen8 Shah Alam tapi sebelum tu jemput dulu Juan & Kak Zizah kat teratak mereka untuk membesarkan perut di Medan Muara Ikan Bakar Tanjung Harapan bersama Juan,Farah,Mien,Ain dan Kak Zizah.1st time makan kat sini,terkejut gak bila masuk-masuk,ingatkan nak order makan je,rupanya kena pilih bahan-bahan sendiri untuk makan,semua yang segar-segar tau macam ikan,udang,sotong,kerang,ketam...

Nampak sangat kantoi aku tak pernah pegi pasar basah(bukan tak pernah pergi tapi kalau pergi aku cuma tolong mak aku pegang plastik je,sebab mak aku yang pilih).Naseb baik ade Juan sebab dia yang pilih apa yang nak dimakan dan apa yang perlu dimasak untuk makanan seafood tersebut...hehehe...

Gambar yang sebenar tak ade.Almaklumlah,handset aku kan walkie talkie,mana ade camera,maybe ade gambar kat handset Farah & Kak Zizah.










Bagi aku,makan kat sini boleh tahan,sebab pemandangan kat tepi laut dan bila ada kapal lalu,bergegar la jugak tempat makan ni...(sampai ade orang mengucap-ngucap)...Kalau kawan-kawan nak belanja keluarga kat tempat ni pon okay,amat berpuas hati dengan suasananya yang tenang dan harga yang boleh tahan jugaklah...

Jam menunjukkan pukul 12malam,tak boleh lewat-lewat sebab puteri-puteri bakal cikgu ada kelas Jumaat pagi.Kami pon bertolak balik.Tamat sudah ceritera Khamis malam Jumaat bagi minggu ini.

Friday, June 17, 2011

Jumaat

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Indahnya Jumaat,
Semoga aku dapat bernafas Jumaat depan,
Semoga dihari saiyyidul ayyam ini
mengajar kita memahami pengertian kesyukuran

Wednesday, June 15, 2011

Berbalas Pantun

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم




Dua tiga kucing berlari,
Puteri jawa dekat dihati...

Selalu berlari kesana kemari,
Tak kenal penat tak kenal henti,
Pendekar muda hebat beraksi,
Panglima garang tetap dihati..
.


P/S:Kalau hang pikir hang teror,hang boleh berbalas pantun kat sini...=)

Saturday, June 11, 2011

Ku Menunggu

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم




Alhamdulillah,dapat juga aku menulis dalam e-diari ni.Setiap hari kerja,kerja,kerja.Umpama kilang kat tempat aku kerja tu rumah kediaman aku yang pertama,mana taknya bila balik kerja,terus tido kat umah,bangun tido je terus siap-siap nak pergi kerja.Bila da keje pagi,pastu kerja malam pulak...Arghhhh

Ada apa dengan Ku Menunggu?Sebenarnya susah menjadi sang penunggu,kena punya hati yang cekal kerana menunggu itu satu pengorbanan.Sebenarnya aku sedang menunggu keputusan Malaysia University English Test(MUET) 2011 dan keputusan UPU 2011 untuk lepasan diploma.Aku berharap semuanya akan mendapat natijah yang baik.Bak dialog dalam filem hindi yang berjudul 3 Idiot iaitu "all is well".



Semoga aku dapat keputusan yang baik dan dapat menyambung pengajianku ke peringkat Ijazah Sarjana Muda pada bulan September ini,Ameen...(kawan-kawan doakan aku yer)....

Sunday, June 5, 2011

Langkah Pertama

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم




Teruja aku mengejar mu
Bermimpi memiliki mu
Tanpa perlu ku endahkan dunia, dunia
Biarkan ku terus berlari
Cuba merajai mimpi
Tiap bayang mu kan ku jejaki nanti

Takkan ku menoleh lagi walau gelapnya hari
Ku yakin akan temui semuanya di sini
Walau ke mana kau pergi tetap akan ku cari
Ku tak akan berhenti


P/S:Kejar,jangan tak kejar..=)