Subscribe:

Wednesday, March 30, 2011

Doaku Buatmu

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم




"Ya Allah,Ya Wadud
kurniakanlah kepada kami
KESIHATAN rohani dan jasmani,
agar kami mampu menjalankan IBADAH kepada-Mu,
agar mudah urusan harian kami.
Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penyembuh Lagi Maha Pengampun"

Saturday, March 26, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم




Selamat pagi.Sebenarnya,aku ingin cerita sesuatu yang istimewa untuk dikongsikan pada peminat semua(kahkahkah),peminat la sangat.Ok,ada benda yang aku ingin kongsikan kepada semua kawan-kawan blog."Istimewa" ini memang istimewalah,ia melibatkan hati dan perasaan ku.

Ok,terus cerita la,sebenarnya aku baru je menonton filem Hikayat Merong Mahawangsa bersama adek-adek ku,Angah & Aida,dan aku hanya berbekalkan poket kosong.Terima kasih angah,sebab support abangmu yang tengah kering ni.Memang berbaloi belanja along sebab cerita ni memang terbaik.

Walaupun jalan cerita mengisahkan tentang kisah dahulu kala,tapi CGI yang boleh dipuji dan jalan cerita yang tersusun baik.Bab yang paling aku suka ialah bab bertempur(gaduh-gaduh).Memang sempoi habis.Aku suggestkan,kepada kawan-kawan sekalian,tengoklah filem ni,apa salahnya kita support hasil anak bangsa sendiri.Untuk filem karya KRU Production ni,aku bagi 5bintang untuk filem ni...

P/s:Tahniah kepada SNI sebab cemerlang dalam SPM.Hehe,bangga tau Along....

Sunday, March 20, 2011

Cakap Cakap (Part3)

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


~...Happiness Is A Perfume...~

~...You Cannot Pour On Others Without Getting A Few Drops On Yourself...~


Sunday, March 13, 2011

Berakhir Sebuah Penantian

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم




Berakhirnya sebuah penantian?.Apa yang aku nantikan?Sebelum itu,dapat juga aku menulis diari mingguan ini setelah seminggu berhempas pulas menyiapkan persediaan majlis ku.HaHaHa(Gelak-Gelak).Sebenarnya,"majlis" yang dimaksudkan ialah "Presentation Projek Final Semester".Projek kami ini dianggotai oleh 4orang "Jurutera Muda" iaitu Alif,Ammar,Ekin dan Nadia.

Projek kami mengenai "Home Securelites".Apa itu "Home Securelities",ia adalah kombinasi antara "Security dan Facilities".Pada kebiasaannya,pemilik rumah sekarang menggunakan remote control untuk membuka pintu pagar rumah,tapi group kami telah membuat kajian,sekarang pemilik rumah tidak perlu menggunakan remote control tetapi kami menggunakan "transmitter" yang diletakkan pada kereta tuan rumah sahaja.Tuan rumah tidak perlu susah-susah untuk memegang remote control dan memacukan pada pintu pagar rumah.Selain daripada transmitter,banyak lagi fungsi-fungsi keselamatan rumah berdasarkan elektronik.Nak cerita lebih,panjang pulak.

Kepada sesiapa yang nak cuba aplikasikan projek kami ini pada rumah masing-masing,boleh la hubungi kami.Gambar di atas menunjukkan prototype atau model projek kami.



Jurutera-Jurutera Home Securelities

Saturday, March 5, 2011

Ada Apa Dengan Projek

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Ada apa dengan projek?Apa maksud projek?Arghhhhh,projek dalam lughoh ialah menahan diri daripada melakukan perkara yang membatalkan puasa.Aik,tetibe pulak masuk bab puasa,aku LUPA,aku LUPA belum masuk bulan puasa lagi,DAHSYAT.HAHAHAHA...

Sebenarnya,bagi student Politeknik semester akhir,mereka perlu menyiapkan satu projek berkaitan elektrik & elektronik(Jabatan Kejuruteraan Elektrik) bagi melengkapkan diploma atau sijil kejuruteraan masing-masing.Projek ini merupakan cara untuk menilai student apa yang mereka lakukan sepanjang belajar di Politeknik untuk mengaplikasikan apa yang dipelajari.

Aku pun tak terlepas daripada "azab" ini,terasa kehangatannya.Bahangnya hanya terasa apabila presentation bermula,Soalan daripda panel bertalu-talu dan setiap student perlu bersiap sedia mengahadapi segala kemungkinan.Hehehe(ayat skema).

Harapan aku,agar presentation projek kumpulan kami berjalan lancar dan dapat 4flat untuk final sem ni.InshaAllah,doakan yer...Kepada kawan-kawan lain,"good luck" untuk presentation nanti,semoga semuanya berjalan lancar,ameen...

Wednesday, March 2, 2011

Perkongsian Hari Ini



Rasulullah (S.A.W) bersabda : 'Bila seseorang lelaki
itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang
betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu
berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan
Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya
mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai
ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,
Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang
diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah
tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia
dimasukkan ke dalam Syurga.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku
adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara
yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang.
Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada
Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang
dipenuhi bauan kesturi.

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di
hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran,
mahupun dari nabi atau malaikat.'

P/S~'Pass on knowledge from me even if it is only one verse'.

'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'