Subscribe:

Friday, December 31, 2010

Terima Kasih Skuad Harimau Malaya

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم





Alhamdulillah,hari ni aku dapat bernafas di rumahku keluargaku.Ala,orang ada cakap "home sweet home"...HaHaHa...Pantang ada cuti,pasti aku akan terus balek kerumah.Terima kasih kepada skuad bola sepak Malaysia atas kejayaan dalam Piala AFF Suzuki.Tanpa kalian,kami pasti tak merasa cuti yang amat bermakna ini.(tak cuti pon,sebab nanti kena ganti balek kelas yang dibatalkan ni)...Tapi tak pe,sebab tu kelas Math,ganti lah 200kali sekalipon,aku tetap akan hadir kelas tersebut...

Mungkin ini post terakhirku dalam tahun 2010 ini.Tahun ini merupakan tahun amat manis bagiku.Mana taknya,dapat sambung belajar,dapat masuk game silat kebangsaan(sampai berjahit pipiku ini).Harapan ku untuk tahun 2011,aku nak sambung degree,nak jadi jurutera yang berjaya..yearghhh,ameennnn...

Semoga kita sentiasa bersyukur suapaya Allah akan sentiasa memberkati hidup kita...

Ilal Liqa'

Sunday, December 26, 2010

Semangat Malaysia

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم








Alhamdulillah,syukur bola sepak Malaysia menang 3-0 dalam Final Pertama Piala AFF Suzuki Cup.Tahniah kepada semua pemain Malaysia dan para jurulatih serta penyokong.
Diharap pemain Malaysia akan menang pada Final Kedua pada hari depan di Stadium Bongkarno.

Semoga semangat pemain Malaysia dapat memberikan inspirasi kepadaku dalam meneruskan semangat dan terus fokus dalam study ku...

Nota Kaki:Tak sia-sia aku tonton game bola ni dgn adek-adekku...esok pagi baru bertolak balek ke Hutan Simpan.hahaha

Wednesday, December 22, 2010

Sanah Helwah Abah!!!

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم




Allah Selamatkan Kamu,
Allah Selamatkan Kamu,
Allah Selamatkan Abu Bakar Bin Ahsan,
Allah Selamatkan Kamu...

Happy Buffday yang ke-57tahun...
Along doakan semoga Abah:

1.Semoga Allah panjangkan umur Abah.
2.Semoga Abah beri kesihatan yang baik kepada Abah.
3.Semoga Allah murahkan rezeki Abah.
4.Semoga Allah memberkati hidup Allah.
5.Semoga Abah berbahgia selalu.
6.Semoga semua anak-anak Abah menjadi anak-anak soleh dan solehah.

Abah doakan along bahagia tau.
Along sayang abah...<3<3>3

Sunday, December 19, 2010

Ada Apa Dengan Hati

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم




Assalamualaikum,post kali ini aku nak kongsi mengenai "hati".Apa itu hati?
Hati mengikut istilah wikipedia adalah merupakan organ homeostasis yang memainkan peranan penting dalam proses metabolisma dalam manusia dan haiwan.

Apa kena mengena hati ngan post aku kali ini?huhu,ntahla,arini aku rasa tak sedap hati je.Nak bertolak balik ke Politeknik pon tak sedap hati ke?maybe mainan perasaan aku je kot.

Aku pon tak tau apa yang menyebabkan aku tak sedap hati:
+Mungkin aku tertekan kot?
+Mungkin aku tengah susah hati kot?
+Mungkin perasaan saja kot?
+Mungkin aku tengah risau kot?
+Mungkin aku jiwa kacau kot?
+Mungkin aku takut kot?

Jawapan yang diatas adalah mengarut sekali.Dalam Islam ada mengatakan bahawa lintasan
pertama hati kita datang dan bersumberkan dari Allah,dan lintasan kedua dan berikutnya datang dai syaitan.Ermmmm,Alkisahnya,sepanjang drive perjalanan tadi nak pulang ke jungle aku rasa tak sedap hati.Masa tu tengah hujan lebat,memang lebat dan ada accident teruk lagi kat jalan raya,aku memang tak sanggup nak tengok accident tu.Sampai Highway Kesas,aku tekad untuk patah balik kerumah,memang kerja giler kan...Aku pon cari la flyover untuk patah balik menuju ke rumah ku.

Sampai rumah je,aku rasa lega sikit hati ini...Alhamdulillah,esok pagi pukul 5pagi baru aku bertolak balik ke jungle...

Itu saja coretan malam ini...
Assalam...

Saturday, December 18, 2010

DAMAI

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم




Damai yang dirasa
Melihat warnanya
Tenangnya di mindaku
Suasana kehijauan yang indah
Kicauan berburung rimba
Berterbangan bebas di dalam rimba raya
Pepohon turut berlagu
Menerima sentuhannya sinaran sang mentari hari
Oh... di alam rimba damai dirasa
Segala-galanya terlukis sempurna
Di alam rimba keajaibannya
Pesona di jiwa

Di rimba tiada
Derita, sengketa
Tiada kudengari
Tangisan sepi yang mengguris hati
Sang pelangi ceria
Menanti kehadirannya gerimis senja
Bisikan tersirat air
Turut sama menghiasi
Keindahan ciptaan Ilahi


p/s:post kali ini hanya nak menyedapkan hati yang sedang bergelora mengenai dunia dialam fantasi..hahaha,tak la,dilemma tinggal dalam hutan sebenarnya...
Selamat beramal dan renung-renungkan(^^)

Cakap-Cakap (Part2)

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم






"Hanya orang yang sibuk sahaja yang mempunyai masa untuk dirinya,keluarga,masyarakat dan beribadah.Adakah kita tergolong dalam golongan orang yang sibuk atau golongan yang penyibuk?"


Persoalan ini hanya boleh dijawab oleh diri kita sendiri,Mari muhasabah diri kita.


Selamat beramal dan renung-renungkan(^^)

Friday, December 17, 2010

Cakap-Cakap (Part1)

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم




"Jika memang Allah takdirkan kamu untukku maka sejauh mana kapal itu berlabuh pasti akan datang jua. Namun jika tidak, maka yakinlah bahawa janji Allah lebih baik dari yang kamu duga"


***Selamat beramal dan renung-renungkan (^^)***

Sunday, December 12, 2010

ROTI CANAI VS ROTI KOSONG

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Roti kosong VS roti canai.Ada apa dengan tajuk kat atas tu?hehehe,siapa tahu perbezaan antara roti kosong dengan roti canai?angkat tangan cepat!!!!sapa dapat jawab saya bagi RM100...tettttt..lambat...hahahaha...

Post kali ini gua buat khas untuk adek gua yang bernama Adib...Si Adib ni,boleh pulak nak melawan cakap dengan aku pasal perbezaan roti kosong dengan roti canai.Alkisahnya disuatu malam di sebuah restoran di Kota Kemuning Shah Alam,gua,Adib dan Abhar(diorang ni adek gua)lepaking disana untuk menjamu selera makanan,.

Adib
,post ni untuk kau...Meh sini along ajar apa dia perbezaan roti kosng ngan roti canai okey...

1.Roti Canai








2.Roti Kosong








Kesimpulannya,tiada beza roti kosong dengan roti canai,kalau nak lihat perbezaannya,tengoklah gambar kat atas tu,memanglah,ada orang panggil roti canai tu roti kosong dan sesetengah orang pulak panggil roti kosong tu dengan roti canai,kalau nak sangat makan roti kosong,x payah penat-penat pergi kedai makan sebab kat rumah da tersedia roti kosong dengan banyaknya.

Lagi satu perkara,Adib,kau jangan nak melawan cakap along,sebab "aku kan abang"...

(^_^)

Tuesday, December 7, 2010

Salam Maal Hijrah



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum,semoga pagi tahun baru ini kita lebih bersemangat untuk menempuh perjuangan hidup pada masa akan datang.

Tahun baru umpama membuka lembaran buku baru yang dicatat oleh malaikat 'Rokib' dan 'Atid'.Semoga kita berfikir dengan lebih waras sebelum melakukan amalan yang ditegah oleh syarak.

Semoga ditahun baru ini keimanan kita bertambah seiring dengan pertambahan usia kita hidup di muka bumi ini,amalan kita diterima Allah dan agar Allah melindungi kita daripada terputus menerima hidayah dan pertolongan daripada Allah.

Ayuh,marilah kita sama-sama berhijrah menjadi Islam yang lebih baik.Manusia yang takut berubah ialah manusia yang gagal.

Pepatah arab berbunyi "Man Jadda Wa Jadda" yang bermaksud "sesiapa yang berusaha bersungguh-sungguh pasti akan berjaya",InshaAllah...


KATAKAN CUKUP PADA DOSA LAMPAU

Sunday, December 5, 2010

Ada Apa Dengan Alif?

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



Salam kepada diriku sendiri...kat sini nak kongsi mengenai rahsia bulan kelahiran May...Saje nak lawan entri Cik Akma...
Kita tengok perbezaan orang yang lahir bulan MAC dengan bulan MAY

1.keras hati dan degil
~yearghhh,kalau tak degil,nukan ANAK SULONG namanya...~

2.kuat semangat dan bermotivasi tinggi
~hahaha,memang semangat,lagi2 kalau nak balek umah~

3.pemikiran tajam
~tajam ke?tak pernah asah pon,hehehe~

4.mudah marah jika tidak dikawal
~aku memanh seorang yang pemarah,so jauhilah aku k~

5.pandai menarik hati orang lain dan menarik perhatian
~yang ini tak betul sebab tak pandai pon bab "menarik,tertarik kau memang the bomb"~

6.perasaan yang sangat mendalam
~betul3x,kalau aku nak satu benda,mesti hajat aku tu akan tercapai~(sian abah,hehe)~

7.cantik dari segi mental dan fizikal
~penipu je,~

8.tidak perlu dimotivasikan
~aku perlu motivasi,kalau tiada motivasi ibarat teh tiada gula~

9.tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain
~dalam membuat keputusan kita mesti mengambil pendapat orang lain,dan pendapat yang terbaik perlulah menjadi penyelesainnya~

10.mudah dipujuk
~tak pernah kena pujuk~

11.bersikap sistematik ( otak kiri )
~1+1=2(sistematik la tu)~

12.suka berangan
~sedangkan mimpi perlukan angan-angan,inikan pula kehidupan~

13.kuat daya firasat, memahami apa yang terlintas dihati orang lain
~hati-hati,saya boleh menyelami hati orang lain,cuma malas je nak cerita~

14.mudah diserang penyakit di bahagian telinga dan leher dan lemah sistem pernafasan
~aku tak ada asma,hope dijauhkan~

15.pandai berdebat
~malas la nak berdebat,diam sudah~

16.fizikal yang baik
~ye ke?~

17.suka sastera, seni, muzik dan melancong
~nak melancong jauh-jauh~

18.tidak berapa suka duduk dirumah
~home sweet home~

19.tidak boleh duduk diam
~tak kan nak duduk bisng pulak kan,duduk diam2 je la~

20.tidak punya ramai anak
~aku nak anak ramai....~

21.agak boros
~boros kot,nanti dah keja confirm tak~


Ini semua kajian je,ada yang betul,ada yang tak...
Kesimpulannya,
selamat beramal dan renung-renungkan
(^_~)

Wednesday, December 1, 2010

Ayuh Kembali Ke Sekolah

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Pejam celik,pejam celik,dah kena balek ke sekolah,
Cuti 2minggu pon dah berlalu,macam tak rasa je cuti...
Yearghhhh,ayuh semangat,datanglah padaku...
Petang ni da nak kena berangkat balek ke jungle untuk meneruskan saki baki study yang tinggal 1semester je lagi...
Last Semester+Last Year Study=Last Girlfriend?...hahaha,awek pon tak de,ada hati nak ada girlfriend...

Back to topic,
petang ni,selepas zohor aku akan berangkat balek menggunakan kekasih hatiku yang no.1...



Jentera Yamaha LC135 ni dah berbakti kat aku hampir 5tahun...
Dari aku form5 ketika itu,usiaku 17tahun...
boleh je nak naik kereta,tapi kalau naik kereta,faham-faham je la kan,
mesti nak merayap jauh-jauh nanti,tak jadi nak study pulak...

K la,tu je,assalamualaikum...
Selamat beramal,dan renung-renungkan...