Subscribe:

Saturday, November 17, 2012

Ketika Marah Berdiam Lebih Baik Daripada Meluahkan

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



              Berdiam lebih baik daripada meluahkan?Manusia tidak akan lari daripada masalah,cuma setiap individu ada cara atau pendapat masing-masing untuk selesaikan perkara tersebut.Tulisan aku kali ini bukanlah mengenai ceritera cinta,tapi mengenai pendapat aku tentang cara menangani masalah apabila tentang berbicara.Ya,aku juga tidak lari masalah tentang berbicara,Pabila marah,kadangkala kata-kata yang keluar daripada mulut aku ni tidak ditapis,suka keluar ikut mulut,alih-alih ada pihak yang tersakit hati,terasa hati dan semuanya yang melibatkan hati.Untuk itu aku mohon kemaafan atas ketelanjuran kata-kata biadab aku.Aku memang seorang yang kasar.Tapi setiap orang boleh berubah untuk menjadi lebih baik dan baikkan.Aku bukan malaikat.Aku hanya manusia biasa.

Sabda Rasulullah SAW "Mahukah kamu aku khabarkan kepadamu dengan semudah-mudah ibadat dan sesenang atas tubuh,ialah diam dan baik perangai".(Riwayat Inu Abiddunya dari Shafwan bin Salim)

       Kadang-kadang,berdiam diri itu lebih baik dari berkata-kata terutamanya ketika sedang marah.Ya,bukan semua yang kita ungkapkan kata orang boleh terima atau orang suka.Daripada bercakap walhal orang tak suka lebih baik kita diam,tak melukakan hati sesiapa,InshaAllah.Sebenarnya kita diam bukan bermaksud untuk angkuh,sombong dan bongkak,adakala orang pendiam ni mungkin sebab nak berubah menjadi lebih baik.Kita perlu berfikiran positif,barulah hati tak kotor.

              Setiap hamba Allah yang bernama manusia senantiasa akan berbicara setiap masa.Jikalau berbicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada semua orang.tetapi jika kita berbicara tidak mengikut adab,banyaklah keburukan yang kita tonjolkan.Apabila banyak berbicara benda yang tidak baik,maka banyaklah manusia didunia ini akan membenci kita.Banyak kelebihan bila kita berdiam diri.
Riwayat Abu Naim, "Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya"

Di sini ada tips-tips untuk mengawal perasaan ketika marah :

1.Apabila sedang marah hendaklah membaca “ta’awwudz” (memohon perlindungan) kepada Allah sebab pada hakikatnya perasaan marah yang tidak dapat dikawal adalah daripada dorongan syaitan. 

Nabi bersabda yang bermaksud: “Apabila salah seseorang di antaramu marah maka katakanlah: ‘Aku berlindung kepada Allah’, maka marahnya akan menjadi reda”. (Riwayat Abi Dunya). 

2. Berusahalah untuk diam atau tidak banyak bicara, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Apabila salah seorang di antara kamu marah maka diamlah.” (Riwayat Ahmad). 

3. Jika sedang marah dalam keadaan berdiri maka duduklah, bila duduk masih marah maka berbaringlah. Hal itu ditegaskan Nabi, “Marah itu daripada syaitan, maka apabila salah seorang di antaramu marah dalam keadaan berdiri duduklah dan apabila dalam keadaan duduk maka berbaringlah.” (Riwayat Asy-Syaikhany).

    Akhir kalam,jagalah tutur kata sama ada didunia realiti,maya ataupun fantasi.Kawal kata-kata kita sebelum berbicara.Berfikir dulu sebelum berkata.Yang baik datang dari Allah dan yang buruk itu merupakan kekhilafan dari diri saya sendiri.

Ilal Liqa' 

Wednesday, November 14, 2012

Salam Maal Hijrah 1434


Assalamualaikum,


Alhamdulillah,tahun 1433 Hijrah telah melabuhkan tirainya,dan bermulalah lembaran baru untuk buku baru 1434 Hijrah.

Semoga Allah mengampunkan segala dosa/maksiat yang telah aku lakukan dan menerima segala amalan kebaikanku,

"Wahai tuhan,ku tak layak ke syurgamu,tapi tak pula aku sanggup ke nerakamu"

Semoga tahun baru Hijrah ini dapatlah aku berubah menjadi hamba Allah yang semakin baik,permudahkanlah segala urusanku,berikanlah aku kesihatan yang baik,hindarkanlah aku daripada ditimpa musibah,murahkanlah dan berkatilah rezki ku ya Allah.

Ameen ya robbal a'lamin =)

Wednesday, September 19, 2012

Inilah rezeki,inilah cinta ?




Assalamualaikum blog & kawan-kawan ku.

Rasanya macam semalam baru siapkan assignment,baru semalam tak tido semalaman sebab study nak final exam,baru semalam hari pertama kerja,baru semalam menjadi suami kepada isteriku...Hik2,yang part menjadi suami tu tipu sebab aku tak nikah lagi. =D...

Semua yang berlaku seperti semalam.Semakin meningkat usia semakin cepat masa berputar (macam ayat hipotesis eksperimen Sains UPSR),padahal masa darjah 6 dulu punyalah susah nak buat ayat hipotesis,sebab tu selalu kena marah ngan cikgu sains,sekarang ni macam kacang buncis je.HeHe...

Inilah rezeki,inilah cinta?Okay puan blog,straight to the point,maksud inilah rezeki ialah sebenarnya aku telah mendapat tawaran kerja sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).Ya,inilah yang dinamakan rezeki.Di saat cintaku tengah hangat membara dengan TNB,tiba-tiba muncul orang ke-3 iaitu SPA mengganggu hubungan kami.Betullah orang-orang tua cakap;

"Allah swt turut menganugerahkan manusia dengan suatu rezeki dari jalan yang tak disangka-sangka atau jalan yang tak terlintas dihati seseorang hamba tersebut"
Kesimpulannya,jangan berputus asa,Allah punya perancangan yang cantik untuk hamba-hambanya.Allah maha mengetahui segalanya.Terima kaseh Allah atas rezeki mu terhadapku ini. Inilah rezeki,inilah cinta?Tetapi aku tetap dengan pilihanku untuk terus berkhidmat dengan TNB kerana inilah cintaku =),semoga keputusanku ini mendapat keredhaan-Mu.

Hampir 10bulan aku dah berkhidmat dengan TNB,semoga Allah memberkati diriku, pekerjaanku, kehidupanku dan melapangkan pintu rezeki untukku dan meningkatkan amal ibadahku.Perkahwinan?

"SEMBUNYIKAN perhubungan, RAHSIAKAN pertunangan, HEBAHKAN perkahwinan"

InshaAllah,andai tiba masanya,
Ilal Liqa'

Wassalam

Thursday, June 14, 2012

Ayuh Semangat!!!





Berat rasanya di hatiku
Untuk melangkah meninggal pergi
Kasih dan cinta telah bersemi
Subur dan mekar disanubari
Bersama azam untuk mencapai...
Cinta Ilahi...
Ampunkan dosaku Ya Allah

Sunday, May 27, 2012

Di Mana Kan Ku Cari Ganti



Hendak ku nangis
Tiada berair mata
Hendak ku senyum
Tiada siapa nak teman
Kalaulah nasib
Sudah tersurat
Begini hebat
Apa nak buat

Di mana kan ku cari ganti
Serupa dengan mu
Tak sanggup ku berpisah
Dan perhati patah, hidup gelisah

Alangkah pedih rasa hati
Selama kau pergi
Tinggal kami sendiri
Tiada berteman didalam sepi

Dunia terang menjadi gelita
Cahaya indah mengundang gerhana
Keluhan hatiku membawa derita
Rindukan dikau jauh dimata

Di mana kan ku cari ganti
Mungkinkah di syurga
Untuk kita berjumpa
Disaat gembira, selama-lama



P/S:Buat teristimewa ahli keluargaku,jangan biarkan kebersamaan kita hanyalah sementara,walaujauh dimata,tapi tetap dihati.Doalah untuk kesejahteraan kita didunia dan  dialam sana.

Ilal Liqo'

Wednesday, May 16, 2012

Selamat Hari Guru

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم





Assalamualaikum.Lama juga aku tak update halaman coretan peribadi ni,sebab kekangan masa,haha,padahal tak ada idea,sebab tu lirik-lirik lagu yang menjadi santapan blogku.Tapi kali ini aku ada mood dan ada sedikit idea untuk mengupdate blogku ini.Bukan apa,tuntutan kerja,dengan tidurku hanya 4jam sehari,cukup la tu kan,asalkan masa tido tu mimpi bidadari,hehehe...Masa muda,cari duit kena rajen.Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat hari guru.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta,
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara,
Jika hari ini seorang Ulama yang mulia,
Jika hari ini seorang Peguam Menang bicara,
Jika hari ini seorang Penulis terkemuka,
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa,
Sejarahnya dimulakan dengan seorang Guru biasa,
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis dan baca

Aku sayang cikgu,
Cikguku sayang cikgu,
Sayang-sayang cikgu,
Cikguku sayang 

Alhamdulillah,tanpamu cikgu,siapalah aku sekarang,mungkin aku tidak bisa mencapai cita-citaku,angan-anganku,bintang-bintangku.Setangkai doa juga Al-Fatehah aku kirimkan kepadamu wahai cikgu-cikgu agar bisa membuatmu tenang.Dedikasi teristimewa buat cikgu-cikguku;

1.Mak & Abah

2.Cikgu Tabika Kemas Batu10 Kebun Baru

3.Cikgu-cikgu Sekolah Kebangsaan Kebun Baru,
Ustaz & Ustazah Sekolah Rendah Agama Kebun Baru

4.Cikgu,Ustaz & Ustazah,
Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Rahimah
(SAMTTAR)

5.Pensyarah Politeknik Shah Alam

6.Pensyarah Politeknik Sultan Idris Shah

7.Pensyarah ILSAS Uniten

8.Coach Pencak Silat

8.Semua cikgu-cikgu yang mengajarku ilmu dunia & akhirat

Untuk membalas jasa-jasa kalian,mungkin aku tidak mampu,sekadar doa dan fatihah yang aku mampu.Semoga ilmu-ilmu yang kalian turunkan dapat menjadikan aku hamba-Nya yang sentiasa dahagakan ilmu dan mengamalkan setiap ilmu yang telah aku pelajari,InshaAllah.Semoga Allah memberkati hidup kalian dan dipermudahkan segala urusan diduna juga diakhirat.

Akhir kalam,terima kasih cikgu,doakan anak muridmu ini menjadi anak yang soleh dan dapat menyampaikan sedikit ilmu yang dipelajari kepada orang lain.Maafkan atas segala ketelanjuran.Selamat Hari Guru 

Ilal Liqo'




Wednesday, April 25, 2012

Sesungguhnya





Sebenarnya hati ini cinta kepada Mu
Sebenarnya diri ini rindu kepada Mu
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa cinta masih tak hadir
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa rindu belum berbunga

Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu takkan ber bunga

Ku cuba menghulurkan
Sebuah hadiah kepada Mu
Tapi mungkin kerana isinya
Tidak sempurna tiada seri

Ku cuba menyiramnya
Agar tumbuh dan berbunga
Tapi mungkin kerana airnya
Tidak sesegar telaga kauthar

Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu tak akan berbunga
Jika tidak mengharap rahmat Mu
Jika tidak menagih simpati
Pada Mu ya Allah

Tuhan hadiahkanlah kasih Mu kepadaku
Tuhan kurniakanlah rinduku kepada Mu
Moga ku tahu
Syukur ku hanyalah milik Mu

Monday, April 16, 2012

Jalan


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم






'Jodohku, aku tidak tahu dirimu siapa dan entah di mana. Aku cuma tahu engkau ada, di dunia atau di syurga. Akan kusimpan perasaan ajaib ini. Akan kuluahkan untukmu setelah akad menghalalkan kita.'

Thursday, March 29, 2012

Jangan Biarkan Dirimu Jatuh Terlalu Lama



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم



"Jika bersedih dan lemah semangat,carilah kembali semangat tersebut disebalik penciptaan alam ini.Ini kerana disebalik alam ini tersirat kasih sayang Allah terhadap makhluknya.Sanggupkah kita menjadi insan yang lemah longlai dan tidak bermaya sedangkan Allah telah membekalkan segala kemudahan buat hambanya? Itulah bekal untuk menjadi hamba dan khalifah terbaik.InshaAllah"


P/S:Tahun lepas merupakan tahun suka duka buat aku.Bermula episod suka setelah tamat belajar tanpa perlu menganggur terlalu lama,aku telah berjaya mendapatkan pekerjaan sebelum final exam ku bermula.Seronok bukan kepalang bukan,Kawan-kawan lain bersusah-susah untuk mencari pekerjaan tapi diri sendiri sudah ada medium/tempat untuk bekerja.Sehingga bila sudah rasa "selesa" dengan pekerjaanku.

Tiba-tiba datang pula offer kerja baru daripada company menjadi cita-citaku untuk bekerja disitu.Sifat gelojohku untuk terus berhenti kerja dengan mmberikan notis 2minggu kepada majikanku telah memakan diri sendiri.Offer kerja daripada company idaman senyap membisu.Aku seperti cacing kepanasan bak kata pepatah "yang dikejar tak dapat,yang dikendong keciciran".Ditimpa lagi dengan terkena "bell palsy" akibat terlalu stress membuatkan diriku semakin down dan berputus asa untuk berharap pada NYA lagi.Mujurlah cepat tersedar dengan teguran,bimbingan daripada kawan-kawan dan keluarga,aku cepat tersedar yang tindakan aku salah.Terima kasih Allah,kau tidak membiarkan aku tersesat jauh.

Manusia dapat merancang dan berusaha untuk mengejar kata tujuan dan perancangan,namun natijah penghujungnya belum tentu persis yang dirancang pada awal.Benarlah seperti yang selalu diingatkan bahawa kita merancang,Allah juga merancang dan sebaik-baik perancang itulah Allah.

Segala qada dan qadar Allah merupakan rahsia buat manusia.Manusia tidak mengetahui apa yang akan berlaku kepada diri sendiri dan sekelilingnya.Apatah lagi untuk menjangkakan apa yang akan terjadi kelak.Syukur pada mu Allah,dengan berkat ujianmu ini hampir 4bulan aku telah berkhidmat/bekerja di tempat cita-citaku semenjak study lagi.

Akhir sekali,nasihat untuk diri sendiri dan kawan-kawan,ingatlah putus asa membawa hilang kewarasan.Jangan biarkan diri selalu berada di zon selesa agar bila terjadinya zaman "kejatuhan" kita tidak lemah dan boleh berdiri dengan lebih kuat dibumi yang nyata ini.Janganlah kau tarik nikmat ini Ya Allah,berikan daku kesihatan dan keselamatan yang baik untuk mengabdikan diri kepadamu.Senyum-senyum selalu,tak senyum rugi,senyum sayang...hehe

Ilal Liqa'

Wednesday, March 28, 2012

One Fine Day


بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



P/S:InshaAllah,one fine day nak buat dekorasi bilik macam ni...sejuk mata memandang sejuk lagi hati yang berbicara...hehehehe

Tuesday, March 20, 2012

Izinkan ku pergi

Diriku telah hilang
ghaib di dalam gua yang dalam
gelap gelita
puasku mencarinya
namun tidak ku temui
sesekali kelibatnya melintasi di hadapan ku
bila aku cuba memegang dia kembali menghalang.

Bila Engkau bertanya
maka aku menjawab:
aku adalah yang paling hina, daif dan jahil
inilah hamba yang faqir.

Maafkan aku atas segala kekhilafanku
izinkan ku berlangkah untuk mengundurkan diri
agar kamu dan aku membawa haluan sendiri
gapailah citamu yang kamu impikan
aku tetap dengan bintangku dan tidak akan lagi mengganggumu
selamat tinggal

Friday, March 2, 2012

Man Jadda Wa Jada

بسم الله الرحمن الرحيم




Setiap nafasku didalam detak jantung,
Tak pernah aku meragu hanya engkau yang ada dihatiku,
Lelah-lelah dahulu bersenang-senang kemudian,
Tiada suatu yang yang besar tanpa perjuangan yang hebat,
Man jada wa jada....
Air yang mengalir jernih tak akan keruh menggenang,
Jangan surutkan langkah yang indah penuh ketulusan,
Man jadda wa jada....
Siapa sungguh-sungguh dia kan berhasil
Malam yang temani kita suasana pada hari
Kan kumaknai arah hadapi semua rintangan....

Monday, February 13, 2012

Pengharapan


بسم الله الرحمن الرحيم


♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Meletakkan pengharapan kepada manusia kadangkala kita di kecewakan.

Tetapi meletakkan pengharapan kpd Allah, itulah yg lebih baik..

~Sesungguhnya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang ♥ :)~

♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Friday, February 3, 2012

Salam Maulidur Rosul

بسم الله الرحمن الرحيم





Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

P/S:Salam Cik Puan Besar wahai blog permata hatiku =)...Sempena Sayyidul ayyam yang mulia ini,saya ingin merakamkam ucapan/tulisan salam maulidur rosul untuk tahun 1433Hijrah kepada diri sendiri dan semua ummah Islam seantero dunia..Marilah kita bersama menghayati peribadi nabi Muhammad S.A.W dan mengaplikasikannya dalam hidup kita.Semoga aku dapat menghijrahkan diriku ini kepada yang lebih baik.Hijrah yang paling penting adalah daripada single ke alam rumah tangga...(HeHeHe),InshaAllah....

Ilal Liqo'

Tuesday, January 24, 2012

La La La Kerjalah


بسم الله الرحمن الرحيم





Alhamdulillah,setelah sekian lama aku tak memberikan nafkah batin kepadamu,kamu masih setia dengan perhubungan kita,sangat beruntung aku memilikimu wahai blog kesayanganku.HeHeHe.Cepatnya masa berlalu dan cepatnya umur aku semakin meningkat,tapi iman?Wallahu A'lam...

Alhamdulillah,dengan pembukaan tahun baru 2012 ini dapat menceriakan hati aku kerana atas rezki yang telah dikurniakan.Telah dekat sebulan aku dah berbakti dan bekerja di TNB Transmission.Apa yang aku inginkan apa yang aku impikan sekarang ini telah tercapai.Banyak kenangan manis,pahit dan tawar sepanjang aku menunggu untuk berkhidmat atau bekerja di TNB.Ada satu kata-kata yang aku minat yang berbunyi:

" Meredhakan, sangat membantu untuk
membuatkan
hari-hari kita sentiasa cerah :)"

Semua merupakan pengalaman yang mematangkan diriku dengan liku kehidupan yang sudah tersedia tertulis diatas sana.Bersyukur dengan kurniaan Allah,doaku agar dimurahkan rezkiku dan diberkati sumber pencarian rezki ku ini.Semoga diberikan kesihatan yang baik untuk bekerja dan beribadah kepadamu.

Itu sahaja untuk coretan kali ini,InshaAllah,jika berkesempatan kita berjumpa lagi.Salam sayang dari Jalan Alif.

Friday, January 13, 2012

Doaku Buat Kekasih



بسم الله الرحمن الرحيم







Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutan yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.

Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.

Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.

Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.

Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.

Ameen..


Sumber:Disini

Sunday, January 8, 2012

Perubahan PLKN

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Alhamdulillah,hari ini dapat juga kami sekeluarga melawat Adib Ahyar.Boleh tahan juga tapak kem PLKN Jugra tu.Jika ada yang mahu melarikan diri,pasti tak dapatlah sebab memang pedalaman,macam tempat aku study kat Sabak Bernam dulu.Orang gelarkan,tempat-tempat pedalaman ni tempat "jin bertendang".HeHeHe,biasala kiri kanan hutan belukar.Akhir sekali,gambar gambar ini diambil sebagai kenangan abadi.


























Ilal Liqa'

Sunday, January 1, 2012

Cinta Di PLKN

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Baru beberapa jam berpisah,aku sudah mula merinduimu.Gelak tawamu,senyumanmu,gurauan mu dan yang paling mahal adalah lesung pipitmu itu,arghhhh,aku rindu.Mungkin perpisahan sementara ini dapat mengajar kita erti kesetiaan,kejujuran dan saling mempercayai..HeHeHe...

Perjalanan yang jauh,
Kamu pergi meninggalkan aku,
Tapi dihatiku,
Hanyalah dirimu,
Kamu kan kembali untuk bersama aku,
Oh Cintaku

Sepanjang ketiadaanmu,siapa yang akan bangunkan ku untuk subuh?Siapa yang akan azankan aku kalau aku liat nak bangun?Dengar je suara azanmu itu aku terus terbangun kerana suaramu yang begitu merdu itu.Oh,Adib Ahyar...Semoga kamu berbahgia sepanjang kamu menjalani khidmat negara PLKN di Kem Jugra Banting.Dekatkan?Haha,3bulan je,kejap je tu,pasni kau mesti semakin handsome dan banyak awek kan?haha...
























P/S:Semoga kau berjaya dek,Along doakan ko selamat dan berbahgia sepanjang menjalani khidmat negara.Kalau ada iklan kat TV pasal PLKN memang along,mak & abah tak ketinggalan untuk tonton,kot kot mana lah tahu wajah kau yang kacak tu terpapar di TV...Mengenai impianmu itu untuk memiliki gajet-gajet terbaik,akan ku fikirkan..HeHeHe.All the best your PLKN & result SPM....InshaAllah

Ilal Liqa'


Perjalanan Hidup 2012



بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Dalam perjalananku masih mencari
Warna indah kehidupan
Yang kini semakin hilang serinya
Ditelan suara kepura-puraan

Di dalam meniti pencarian ini
Tidak juga ku temui
Sinar kedamaian yang di cari-cari
Yang tinggal hanyalah wajah kehampaan

Di mana letaknya nilai kejujuran
Untuk ku jadikan arah hidup
Mungkin ini hanya menguji ketabahan
Sebelum ku temui erti kebahagiaan

Akan ku pegangkan keyakinan hati
Meneruskan perjalanan
Dengan hati-hati keberanian
Semoga hidupku tak kecundang lagi

P/S:Ahlan Wassahlan 2012.Semoga dengan ketibaan tahun masihi 2012 ini diriku lebih bersemangat untuk terus berusaha memajukan diri.Tanpa mimpi,impian tidak akan terlaksana.Letakkanlah setinggi bintang mimpi mu itu agar ia memberi impak kejayaan.Alhamdulillah pada yang MAHA kuasa untuk belas ihsan mu.Yang gagal jadikan pembakar dan kejayaan itu jadikan semangat dan sumber inspirasi.