
Alhamdulillah,pada jam 4.30petang waktu Malaysia bertarikh 27 April 2011,aku telah menamatkan sesi pembelajaranku di Politeknik.Hati memang berbunga-bunga(bak orang bercinta pulak)hahaha.Ye la,berbunga sebab selama 2tahun di Politeknik Shah Alam dan 1tahun di Politeknik Sultan Idris Shah Sabak Bernam untuk mendapatkan Diploma Integrasi Kejuruteraan Elektronik Komputer,InsyaAllah.
Untuk menamatkan pembelajaran,perlulah menjawab final exam.Final exam kali ini boleh tahan "kesusahannya",sebab soalan final exam Politeknik Malaysia dah diselaraskan seluruh Malaysia(macam SPM kan).
Sekarang ni hanya menunggu keputusan semester6,harap-harap aku lulus dengan cemerlang.Berdebar sangat menunggu result final semester ini.Sebelum result keluar,aku akan bekerja di kilang Western Digital Petaling Jaya sebagai juruteknik.Alhamdulillah,aku tak buang masa,dapat kumpul duit dan timba pengalaman.Sejuta terima kasih kepada Politeknik Sultan Idris Shah kerana memberi peluang dan menghantar aku pergi untuk interview tersebut.

Akhir sekali,doakan aku dapat sesuaikan diri di tempat kerja dan dapat suasana kerja yang baik dan yang kedua,doakan aku lulus dengan cemerlang dalam result final semester ini.InsyaAllah.
Ilal Liqo'





