Subscribe:

Monday, June 21, 2010

Excited


"Hidup kena excited...hehe sebab bile kita EXCITED,
kita akan berSEMANGAT. bila kita SEMANGAT, kita akan lebih berUSAHA.
bila kita USAHA, kita akan BERJAYA...YEAAAA..Ameen...."


Ya Allah,
kuatkanlah hatiku untuk belajar,
kuatkanlah dan istiqomahkanlah semangatku,
berkatkanlah ilmu yang telah aku pelajari dan yang akan dipelajari,
cemerlangkanlah daku dalam sesi pembelajaran kali ini...
Amen,InshaAllah...

Monday, June 14, 2010

Andai KU Pergi



Cerita hidup kian berlalu
Membawaku ke penghujung
Kaku langkah kian lemah
Kelu lidah untuk bicara

Langit jingga warna senja
Desir bayu membisik duka
Kealpaan nan semalam
Inginku lepaskan luka silam

Bersama rayu doa
Damba keampunanNya

Andai diriku pergi
Tinggalkanmu sendiri
Usah kau sedih
Usah tangisi duga dari Ilahi

Andaiku pergi dulu
Tiba tika dan waktu
Telah tertulis takdir untukku
Perjanjian yang Maha Agung
Doakanku sejahtera disisiNya

Rasa gentar rasa rindu
Bertarung di fikiranku
Wajah ceria, senyum manja
Kisah kita menghapus resah

Maafkan diriku kasih
Kerna buat kau menangis
Restuiku dengan cinta
Jangan kau titiskan air mata

Pintaku redhailah
Terima kasih atas segalanya

Hidup ini sementara
Ujian pasti setia hati
PadaMu kekasih

Moga rahmat hidayahMu
Mengiringiku, menemaniku
Saat akhir waktu

Bersaksi diriku
Tiada lain hanya Kau satu
Memiliki cintaku
Ku serah segalanya kepada Mu

Sunday, June 13, 2010

Rindu Pada Mu




Tiada sehari yang berlalu
Tanpaku mengingatimu
Rindu padamu
Ku sentiasa mendambakan
kasih dan sayangMu

Semalam aku bermimpi
Di dalam hujan ku berlari
Berlari..mencari..
memanggil-manggil namamu
NamaMu yang sempurna

Ku harap dan kuberdoa
Semoga dapat bersua denganmu
Tiada kata
Yang dapat menggambarkan
perasaan yang kualami

Cintaku ini tiada berbelah bahagi
Cinta yang suci dan abadi
Ad'u ila Rahmani
Arju an la TInsani
Fi kullil...awqati Nafsi wa Fuadi
Laka Ya Maliki...

Apakah aku diterima
atau kau kan membiarkan saja
kerana ku berdosa
jangan biarku terhina
Ku merayu PadaMU....

Karate Kid








Yahoo,finally aku tonton juga filem karate kid jumaat lepas bersama adek-adekku.
Walaupun kitorang mendongak bagi mangakhiri misi kitorang untuk meng "box office" filem tersebut...memang terbaek filem ni...Banyak bagi inspirasi dan semangat kepada yang telah hidup ataupun yang telah meninggal dunia..hehehe,memain je la,yang meninggal dunia tak de kena mengena pon...Sebenarnya,filem ni boleh memberikan motivasi kepada semua ahli seni bela diri..semua pergerakan kita dalam seharian merupakan kunci asas dalam pergerakan bela diri...seperti dalam filem ini,meletakkan jaket pada tempatnya...disiplin tersebut dapat mendidik kita untuk lebih mengetahui apakah fungsi/kesan dalam seni bela diri...Aku bagi 5bintang untuk filem ini..

aku berharap,silat akan ada filem seperti karate kid ini bagi membuktikan silat juga senia bela diri setanding dengan seni bela diri yang lain,InsyaAllah...

Jazakallah Khairon Kathiro...
Salam....

Thursday, June 10, 2010

ALASAN UNTUK MENJADI JURUTERA

JURUTERA

MENJALANKAN penyelidikkan dan memberi nasihat dengan menggunakan pengetahuan dan kaedah saintifik dan kejuruteraan untuk mewujud, membangun dan menyelenggarakan barangan, sistem dan komponen elektronik.

MERAKABENTUK, membangun dan menguji barangan dan peralatan elektronik yang digunakan dalam bidang instrumentasi, kenderaan, telekomunikasi, pengemudian, komputer, perubatan dan hiburan,dll.

PERIBADI JURUTERA

Mempunyai kebolehan akademik
♠Pendekatan yang berimaginasi dan boleh menyelesaikan masalah
♠Kemampuan untuk berfikir dalam istilah matematik dan abstrak
♠Minat dalam keusahawanan
♠Ketepatan dalam kerja
♠Kecenderungan kepada bidang mekanik
♠Minat dalam proses-proses mekanik
♠Tidak mudah putus asa, berazam kuat dan mempunyai dorongan
♠Kemahiran berkomunikasi dan menjalinkan hubungan perseorangan yang baik
♠Kebolehan bekerja berpasukan
♠Minda yang kreatif dan analitik
♠Kemampuan dalam perincian

P/S:InsyaAllah,will be achieve...Ameen...