بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah,setelah sekian lama aku tak memberikan nafkah batin kepadamu,kamu masih setia dengan perhubungan kita,sangat beruntung aku memilikimu wahai blog kesayanganku.HeHeHe.Cepatnya masa berlalu dan cepatnya umur aku semakin meningkat,tapi iman?Wallahu A'lam...
Alhamdulillah,dengan pembukaan tahun baru 2012 ini dapat menceriakan hati aku kerana atas rezki yang telah dikurniakan.Telah dekat sebulan aku dah berbakti dan bekerja di TNB Transmission.Apa yang aku inginkan apa yang aku impikan sekarang ini telah tercapai.Banyak kenangan manis,pahit dan tawar sepanjang aku menunggu untuk berkhidmat atau bekerja di TNB.Ada satu kata-kata yang aku minat yang berbunyi:
" Meredhakan, sangat membantu untuk
membuatkan
hari-hari kita sentiasa cerah :)"
Semua merupakan pengalaman yang mematangkan diriku dengan liku kehidupan yang sudah tersedia tertulis diatas sana.Bersyukur dengan kurniaan Allah,doaku agar dimurahkan rezkiku dan diberkati sumber pencarian rezki ku ini.Semoga diberikan kesihatan yang baik untuk bekerja dan beribadah kepadamu.
Itu sahaja untuk coretan kali ini,InshaAllah,jika berkesempatan kita berjumpa lagi.Salam sayang dari Jalan Alif.





