Subscribe:

Wednesday, December 28, 2011

Wordless Wednesday

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



[[KLIK PADA GAMBAR UNTUK PAPARAN LEBIH JELAS]]




Ahamdulillah,Allah lebih tahu mana yang terbaik buatku

Sunday, December 25, 2011

Hari Ini Dan Semalam

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته






Hidup mesti ada perubahan,
Dan kita mesti berani untuk berubah,
Dan terima perubahan baik ataupun buruk,

Dalam sekelip mata saja,
Sedar ataupun tidak,
Hari ini akan jadi semalam,
Esok akan jadi hari ini,
Dan seterusnya,
Masa tetap silih berganti,
Dan kita akan menjadi semakin matang,
Semalam tetap akan menjadi ingatan,

Hidup jangan cepat putus asa,
Perjalanan hidup pasti jauh lagi,
Dan hidup mesti berani terima kenyataan,
Berani menghadapi baik dan buruk,
Jalan terus jangan toleh belakang,

Hidup kita ini macam anak panah,
Kita dah ada sasaran,
Tepat tepat sasaran itu,
Kita dah mengamati bagus sasaran itu,
Tapi bila ia ditiup angin,
Anak jauh itu menyimpang jauh dari sasarannya,
Lain yang kita nak,
Lain yang kita dapat,
Suka atau tidak,
Terpaksa kita terima,
Walau apa yang terjadi,
Hidup mesti diteruskan,

Aku ikhlas dan redha menerima ketentuanmu Ya Allah

Monday, December 12, 2011

Doa Rabitah


بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته






Ya Allah, Engkau mengetahui
hati-hati ini,
telah berkumpul kerana kasihkanMu,
bertemu dan patuh padaMu,
bersatu memikul dakwahMu,
hati-hati ini telah berjanji setia,
mendaulat dan menyokong syariatMu,
maka eratkanlah akan ikatannya,
kekalkan kemesraan hati ini,
tunjukkan ia jalan yang sebenar,
limpahkan dengan cahaya RabbaniMu,
yang tak pernah padam,
dan lapangkan dengan iman,

Ya Allah, perkenankanlah permintaan ini.