Subscribe:

Friday, July 2, 2010

Sudahkah Anda Meyimpan Wang Untuk Masa Tua?



Persoalan yang selalu tergambar dalam fikiran aku

Ketika usiaku 21TAHUN barulah aku terfikir untuk membuat simpanan tetap

Bukan apa,sebelum ini banyak juga aku simpan,tapi biasalah orang muda dan bejiwa panas,baru dapat duit dah macam-macam aku nak beli,laptop,PSP,modified 135LC & banyak lagi la.Aku terpengaruh dengan ungkapan ini "Zaman Muda Hanya Sekali,So Kita Enjoy"...haha,alhamdulillah,akhirnya aku tersedar untuk membuat simpanan tetap untuk masa tua ketika ini,aku pegang pada ayat ni "Masa muda boleh enjoy tapi masa tua jangan dilupakan"...takkan bila tua nanti nak mengharapkan duit anak-anak ataupun ihsan orang...bak kata pujangga "lebih baik memberi daripada menerima" & "erti hidup pada memberi"

Aku ada cara macam mana kita semua nak membuat simpanan untuk masa depan:

Akaun 1 (bank A) untuk duit keluar-masuk.

Akaun 2 (bank B) untuk kegunaan emergency.

Akaun 3 (bank C) untuk simpanan tetap.

Apa juga yang anda kehendaki, survey harga, dapatkan yang terendah & berkualiti dan bayar CASH! Elakkan dari bayar ansuran atau 2-3 kali bayar. Kalau belum cukup duit JANGAN BELI LAGI dan ELAKKAN MEMINJAM.

Jangan Cepat terpengaruh seperti terlalu ghairah untuk dapatkan hanfon canggih, laptop terkini & guna apa yang anda ada dulu. Simpan impian untuk dapatkannya secepat mungkin.

Akaun 1 gunakan untuk belanja, beli barang, kegunaan harian, bayar bil, apa yang diperlukan sahaja. Buat cash limit dalam wallet/purse anda seperti RM30 sehari. Jangan belanja lebih dari had yang anda tetapkan. Jangan juga simpan cash untuk seminggu kerana konfom bajet lari. Biar pegi ATM setiap hari kerana anda dalam latihan belajar menguruskan kewangan harian.

Akaun 2 untuk kegunaan kecemasan. Ini adalah back-up sekiranya anda berbelanja melebihi had. Namun untuk keluarkan akaun ke-2, anda hanya dibenarkan keluar 2 kali je sebulan. Kalau urgent, anda mesti tunggu minggu keluaran. Barulah anda rasa macamana orang makan gaji sakit tunggu gaji.

Akaun ketiga untuk simpanan tetap. Anda tidak boleh keluarkan duit anda sehingga anda rasa benar2 perlu. (simpan untuk tempoh jangkamasa lama sehingga anda grad). Ia dapat mebantu anda apabila telah grad nanti, manalah tau kot2 tak dapat kerja lagi...hihi!

Itu je lah yang dapat aku kongsi...
Renung-renungkan dan selamat beramal...