Subscribe:

Tuesday, April 13, 2010

Takdir Penentu




Dikau,
Membuat hidupku ceria,
Dengan senyummu ku memuja kebesaran,
Tuhan Yang Maha Esa,

Bahgia,
Ku rasa tika bersamamu,
Tiada apa yang dapat digambarkan,
Membawa sinar baru ,

Janjimu kepadaku,
Sentiasa disisiku selalu,
Menempuhi segalanya,
Namun kini,
Kau tiada lagi,
Mungkin kita kan bertemu,
Takdir penentu,

Namun,
Kan ku teruskan hidup ini,
Kan ku buktikan segala cita dan janji,
Suatu hari nanti,

Sukar untuk kutemui lagi,
Insan mulia yang sejati,
Suka dan duka bersama kita lalui,

Namunku kan terus,
Cita kita janji kita,
Walau kau tiada di sisiku lagi,
Menempuhi segalanya,
Kan ku teruskan jua,
Mungkin kita kan bertemu takdir penentu.

No comments:

Post a Comment