Subscribe:

Sunday, December 25, 2011

Hari Ini Dan Semalam

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته






Hidup mesti ada perubahan,
Dan kita mesti berani untuk berubah,
Dan terima perubahan baik ataupun buruk,

Dalam sekelip mata saja,
Sedar ataupun tidak,
Hari ini akan jadi semalam,
Esok akan jadi hari ini,
Dan seterusnya,
Masa tetap silih berganti,
Dan kita akan menjadi semakin matang,
Semalam tetap akan menjadi ingatan,

Hidup jangan cepat putus asa,
Perjalanan hidup pasti jauh lagi,
Dan hidup mesti berani terima kenyataan,
Berani menghadapi baik dan buruk,
Jalan terus jangan toleh belakang,

Hidup kita ini macam anak panah,
Kita dah ada sasaran,
Tepat tepat sasaran itu,
Kita dah mengamati bagus sasaran itu,
Tapi bila ia ditiup angin,
Anak jauh itu menyimpang jauh dari sasarannya,
Lain yang kita nak,
Lain yang kita dapat,
Suka atau tidak,
Terpaksa kita terima,
Walau apa yang terjadi,
Hidup mesti diteruskan,

Aku ikhlas dan redha menerima ketentuanmu Ya Allah

3 comments:

adib ahyar said...

sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuk hambanya

Alif said...

doakan along mu ini...=)

azs said...

Semalam adalah kenangan.. Ia juga menentukan ke mana arah hidup kita.. Hari ini juga akan menjadi semalam bila tibanya hari esok..Seandainya semalam itu tidak membahagiakan, jadikan hari ini lebih baik dari semalam.. Hidup perlu diteruskan walau apa pun yang terjadi kerana,DIA telah menjanjikan yang terbaik dalam hidup kita selagi kita terus berusaha.. Jangan putus asa tau, Alif... (^v^)

Post a Comment