Subscribe:

Wednesday, September 19, 2012

Inilah rezeki,inilah cinta ?




Assalamualaikum blog & kawan-kawan ku.

Rasanya macam semalam baru siapkan assignment,baru semalam tak tido semalaman sebab study nak final exam,baru semalam hari pertama kerja,baru semalam menjadi suami kepada isteriku...Hik2,yang part menjadi suami tu tipu sebab aku tak nikah lagi. =D...

Semua yang berlaku seperti semalam.Semakin meningkat usia semakin cepat masa berputar (macam ayat hipotesis eksperimen Sains UPSR),padahal masa darjah 6 dulu punyalah susah nak buat ayat hipotesis,sebab tu selalu kena marah ngan cikgu sains,sekarang ni macam kacang buncis je.HeHe...

Inilah rezeki,inilah cinta?Okay puan blog,straight to the point,maksud inilah rezeki ialah sebenarnya aku telah mendapat tawaran kerja sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).Ya,inilah yang dinamakan rezeki.Di saat cintaku tengah hangat membara dengan TNB,tiba-tiba muncul orang ke-3 iaitu SPA mengganggu hubungan kami.Betullah orang-orang tua cakap;

"Allah swt turut menganugerahkan manusia dengan suatu rezeki dari jalan yang tak disangka-sangka atau jalan yang tak terlintas dihati seseorang hamba tersebut"
Kesimpulannya,jangan berputus asa,Allah punya perancangan yang cantik untuk hamba-hambanya.Allah maha mengetahui segalanya.Terima kaseh Allah atas rezeki mu terhadapku ini. Inilah rezeki,inilah cinta?Tetapi aku tetap dengan pilihanku untuk terus berkhidmat dengan TNB kerana inilah cintaku =),semoga keputusanku ini mendapat keredhaan-Mu.

Hampir 10bulan aku dah berkhidmat dengan TNB,semoga Allah memberkati diriku, pekerjaanku, kehidupanku dan melapangkan pintu rezeki untukku dan meningkatkan amal ibadahku.Perkahwinan?

"SEMBUNYIKAN perhubungan, RAHSIAKAN pertunangan, HEBAHKAN perkahwinan"

InshaAllah,andai tiba masanya,
Ilal Liqa'

Wassalam

5 comments:

Alif Haris said...

alhamdulillah murah rezeki. tapi rasanya keputusan stay dgn tnb adalah terbaik :)

Adib Ahyar said...

Perkahwinan...

azs said...

Tahniah atas khabar baik tu tapi pe2 pun keputusan yg d ambil, ia tetap yang terbaik.. selamat maju jaya.. moga rezeki bertemu jodoh itu akan di percepatkan oleh Allah..

izzati said...

inilah rezeki inilah cinta!!
hargailah keduanya..

Alif said...

hehe,orait Amilia Izzati,thanksssss...

Post a Comment