Subscribe:

Saturday, June 15, 2013

Doa Untuk Alif & Husna


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Ya Rahman , Ya Rahim, Ya Muhaimin 



Sesungguhnya Engkau Maha Pemurah,Maha Penyayang lagi Maha Memelihara. 

Peliharalah rumahtangga Alif & Husna yang baru dibina dengan izinMu. 
Bantulah Alif & Husna menjadi suami isteri yang soleh & solehah.
Bantulah Alif & Husna berusaha untuk memperbaiki diri mereka dan 
membina sebuah keluarga mawaddah untuk menuju jannah Mu. 

Murahkanlah rezeki kepada mereka rezeki yang halal, kesihatan fizikal & mental.
Kuniakanlah zuriat kembar yang soleh & solehah kepada Alif & Husna . 
Engkau lindungilah mereka & zuriat mereka dari musibah & bisikan syaitan yang direjam.

Peliharalah hati-hati mereka dari sifat-sifat takbur,sombong, bongkak, ego,bakhil & merendahkan orang. 
Semaikanlah hati mereka dgn sifat-sifat yang ada pada Rasullullah.
Ya Allah bantulah Alf & Husna berusaha menjdi anak menantu yang baik.
Ya Allah sesungguhnya rezeki,jodoh & mati rahsia Mu.
Engkau murahkanlah jodoh adikku & sahabat ku yang aku kasihi. 
Engkau pertemukanlah mereka dengan pasangan yang dapat membimbing mereka & membantu mereka mendekatiMu menuju jannah Mu…
Perliharalah mata mereka dari melihat perkara yang tidak benar…

Hanya kepada mu aku berserah,
Hanya kepadamu aku mohon pertolongan
Amin….

2 comments:

Post a Comment