Subscribe:

Friday, April 8, 2011

Ada Apa Dengan PTPTN

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم




Ada apa dengan PTPTN?Ia dikenali sebagai Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional.Juga merupakan sinonim dengan pelajar IPTA atau IPTS,kalau tak ada PTPTN ni,ibarat hidup pelajar tak lengkap.Bila PTPTN lambat masuk dalam akaun student-student ini,mulalah dengar rungutan.Bila PTPTN da masuk pula,mulalah kedai-kedai Telefon Canggih,Kedai KOmputer diserbu.Duit yang beribu yang dapat untuk menyara diri selama satu sem hanya habis dalam sekelip mata sahaja dengan hanya pembelian handphone canggih Blackbery,Iphone,Ipad...Tinggi betul nafsu student,mengalahkan orang yang sudah bekerja.

Alhamdulillah,aku tak ambil pinjaman PTPTN ni,hehe,tak adalah pening fikir macam mana nak bayar balik,Terima kasih kepada bapa saya kerana memberi full support kewangan kepada saya...HeHeHe...

Ada satu lagu lirik lagu khas untuk Student dan Pegawai PTPTN.Korang nyanyi k.Lagu Pulangkan oleh Misha Omar.

(Ex-Student)
Sedikit bunga yang menggoda
Sekadar dipandang usah dibayar
Kau pasti tak percaya
Duitku bukan untukmu sayang

(Pegawai PTPTN)
Tiada kusangka kau sungguh kejam
Kau peram hutang yang kau pinjam
Namun takkan bahgia kehidupanmu
Bila engkau berkonvo
kau milikku

Pulangkan hutang-hutangku-(Pegawai PTPTN)

Oh hentikanlah menghantuiku-(Ex-Student)

Oh pulangkan oh pulangkanlah padaku-(Pegawai PTPTN)

Kupulangkan semua hutangku-(Ex-Student)

Yang dikau peram tanpa relaku-(Pegawai PTPTN)

Bebaskanlah maafkan daku oh kasih-(Ex-Student)

(Pegawai PTPTN)
Tiada kemaafan di sini
Kau hutang tanpa bayar sesen lagi
Akan ku jejakimu kemana jua


Pesanan Penaja: Kepada peminjam tu,jangan lupa bayar k,tak kesahlah sikit-sikit,asalkan korang bayar.Tak kesian ke kat adek-adek kita nanti atau orang yang memang susah memerlukan pinjaman PTPTN tersebut.Aku ada dengar ura-ura,yang mengatakan tahun-tahun akan datang PTPTN tak akan jadi badan pinjaman kewangan pelajar,mungkin PTPTN merubah skop perniagaan mereka menjadi badan insurans ke.Oleh itu,siapa yang akan bagi bantuan pinajaman kepada student ini?Nampak gayanya,lu pikir la sendiri.Lagi satu persoalan diminda aku,apa salahnya kerajaan bagi yuran pendidikan percuma kepada student-student ini.Mustahil,sebab zaman sekarang ni,mereka menjadikan "Education in Business"

Selamat Beramal & Renung-Renungkan

2 comments:

Liyana said...

haha lagu tue best.. =D

alif haris said...

betul2 .. yuran pendidikan percuma kan best..

Post a Comment