Subscribe:

Sunday, November 6, 2011

Idul Adha

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم




Alhamdulillah,maaf ye Cik Diari,abang baru nak update blog,bukan tak sayang cuma masa mencemburi kita,tapi kaseh abang padamu Cik Diari tetap utuh seperi KLCC.Tanggal 6 November 2011 bersamaan 10 Zulhijjah 1432 Hijrah,umat Islam telah menyambut Idul Fitri ini.Idul Adha merupakan simbolik meraikan pengorbanan dan penghayatan terhadap pejuang-pejuang Islam terdahulu.Semua perkara yang dilakukan oleh jemaah haji mempunyai maksud-maksud tertentu seperti melontar jumroh,berlari-lari anak diantara sai'e dan marwa dan banyak lagi.

Seperti biasa,di tempat kediaman aku,kami penduduk akan menyambut Hari Raya Idul Adha ini.Bagi aku,ditempat kami ini meriahnya sama dengan hari raya Idul Fitri seperti solat hari raya,takbir,yang berbeza cuma pakaian,sebab apa?HaHaHa,sebab jika hari raya Idul Fitri pakaian cantik-cantik,tapi hari Idul Adha pakaian biasa kerana majlis qurban dan gotong royong.Ye la,tak kan nak sembelih lembu nak lapah daging kena pakai baju melayu siap bersongket,tak pasal-pasal kotor baju tu dan dijadiakan alasan nak beli baju baru sebab baju lama dah kotor dan berdarah.Kembali kepada aktiviti kami penduduk kampung majlis qurban dilakukan dengan lancar.Aku join Qoriah Surau Al-Hidayah Batu 10.






































Tamat Sudah
Ilal Liqo'

No comments:

Post a Comment