Subscribe:

Thursday, March 29, 2012

Jangan Biarkan Dirimu Jatuh Terlalu Lama



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم



"Jika bersedih dan lemah semangat,carilah kembali semangat tersebut disebalik penciptaan alam ini.Ini kerana disebalik alam ini tersirat kasih sayang Allah terhadap makhluknya.Sanggupkah kita menjadi insan yang lemah longlai dan tidak bermaya sedangkan Allah telah membekalkan segala kemudahan buat hambanya? Itulah bekal untuk menjadi hamba dan khalifah terbaik.InshaAllah"


P/S:Tahun lepas merupakan tahun suka duka buat aku.Bermula episod suka setelah tamat belajar tanpa perlu menganggur terlalu lama,aku telah berjaya mendapatkan pekerjaan sebelum final exam ku bermula.Seronok bukan kepalang bukan,Kawan-kawan lain bersusah-susah untuk mencari pekerjaan tapi diri sendiri sudah ada medium/tempat untuk bekerja.Sehingga bila sudah rasa "selesa" dengan pekerjaanku.

Tiba-tiba datang pula offer kerja baru daripada company menjadi cita-citaku untuk bekerja disitu.Sifat gelojohku untuk terus berhenti kerja dengan mmberikan notis 2minggu kepada majikanku telah memakan diri sendiri.Offer kerja daripada company idaman senyap membisu.Aku seperti cacing kepanasan bak kata pepatah "yang dikejar tak dapat,yang dikendong keciciran".Ditimpa lagi dengan terkena "bell palsy" akibat terlalu stress membuatkan diriku semakin down dan berputus asa untuk berharap pada NYA lagi.Mujurlah cepat tersedar dengan teguran,bimbingan daripada kawan-kawan dan keluarga,aku cepat tersedar yang tindakan aku salah.Terima kasih Allah,kau tidak membiarkan aku tersesat jauh.

Manusia dapat merancang dan berusaha untuk mengejar kata tujuan dan perancangan,namun natijah penghujungnya belum tentu persis yang dirancang pada awal.Benarlah seperti yang selalu diingatkan bahawa kita merancang,Allah juga merancang dan sebaik-baik perancang itulah Allah.

Segala qada dan qadar Allah merupakan rahsia buat manusia.Manusia tidak mengetahui apa yang akan berlaku kepada diri sendiri dan sekelilingnya.Apatah lagi untuk menjangkakan apa yang akan terjadi kelak.Syukur pada mu Allah,dengan berkat ujianmu ini hampir 4bulan aku telah berkhidmat/bekerja di tempat cita-citaku semenjak study lagi.

Akhir sekali,nasihat untuk diri sendiri dan kawan-kawan,ingatlah putus asa membawa hilang kewarasan.Jangan biarkan diri selalu berada di zon selesa agar bila terjadinya zaman "kejatuhan" kita tidak lemah dan boleh berdiri dengan lebih kuat dibumi yang nyata ini.Janganlah kau tarik nikmat ini Ya Allah,berikan daku kesihatan dan keselamatan yang baik untuk mengabdikan diri kepadamu.Senyum-senyum selalu,tak senyum rugi,senyum sayang...hehe

Ilal Liqa'

4 comments:

azs said...

Kadang-kadang, dalam hidup ini kita perlu rasa sesuatu yang memeritkan.. Ia hanya satu dugaan dari Allah untuk menguji kekuatan kita.. Alhamdulillah, Alif dah berjaya hadapinya.. Tahniah dan teruskan perjuangan anda.. :)

Alif said...

sebenarnya,ini baru ujian kecil...ujian yang betol adalah tempoh hayat kita,tu yg lagi penting,kalau gagal neraka tempatnya,lulus inshaAllah syurga...ameen...

azs said...

Betul betul betul... Insya Allah, mudah-mudahan, syurga lah tempat kita.. Amiin

izzati said...

sebuah kehidupan menjadi lebih bermakna kerna ada sedikit rencah diselitkn bersama. tika mana pahit rencahnya, telanlah ia. bilamana manis yg menjelma, kenanglah ia. pabila masam muncul tiba, usirlah ia. dan ketika kesemua rencah dicampur dan dirasa, ingatlah padaNYA..

Post a Comment