Subscribe:

Friday, May 10, 2019

Ramadhan Bulan Muhasabah

Assalamualaikum semua.

Lama aku tak menulis dalam blog ini. Mungkin faktor umur. Hari ini masuk 6 Ramadhan. Banyak kenangan manis pahit sepanjang tahun lepas dan tahun ini.

Tahun 2018, aku berjaya menghabiskan pelajaranku dalam Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik & Elektronik. Pada tahun 2018 juga dapat naik pangkat sebagai Jurutera Elektrik.

Cuma apa yang aku terkilan, semasa interview, aku terlalu lurus dan tidak memilih sendiri position dan jabatan mana. Aku hanya mengikut sahaja apa yang panel beri. Hinggakan, sehingga kini, aku tak minat dan tak boleh deliver kerja dengan baik. Walaupun aku sudah cuba buat yang sehabis baik.

Bila sudah bertugas sebagai Jurutera Elektrik di jabatan "Operasi & Senggaraan" baru rasa penangannya.

Ya betul, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Cuma, apa yang aku rasa, aku tidak minat dengan apa yang aku hadapi sekarang. Semua yang aku lakukan atas faktor "terpaksa".

Agak susah untuk aku sabar dan memupuk minat dalam jawatan baru ini. Mungkin pemikiran "technician" masih membelenggu diriku.

Semoga dalam bulan ramadhan tahun ini, ada berita gembira buat diriku. Ada kata-kata bijak pandai "Sebaiknya, berhenti sekarang, daripada kita berterusan melakukan perkara yang kita tidak minat dan ikhlas". Tetapi risiko yang terlalu berat, mustahil untuk aku lakukan melainkan ada peluang yang lebih baik selari dengan minatku.

Semoga Allah bukakan jalan terbaik buat diriku, untuk masa depanku, isteri dan anak-anakku dan keluargaku.

Ilal Liqa'

Jurutera Kidal
Alif

No comments:

Post a Comment