Subscribe:

Saturday, June 15, 2019

Selamat Hari Raya 2019

Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah, tahun ini dapat beraya dengan kedua ibu bapaku, isteri dan anak-anakku serta adik beradikku.

Tahun ni beraya di Selangor bersama ibu bapaku kerana tahun lepas giliran kampung isteriku, di Kodiang.

Raya tahun ini tak beraya ke mana, kerana anakku yang ke-2 demam dan yang sulung baru keluar hospital. Kami beraya dirumah sahaja.

Masuk 11haribulan Jun bersamaan 7 Syawal 1440 Hijriah, aku membawa anak isteriku dan ibu bapaku beraya di Muar, rumah saudara mara belah emakku pula.

Alhamdulillah, rasa seronok dapat bercuti bersama keluarga, tenangkan fikiran dan tukar mode HP kepada "Airplane Mode" selama berada di Muar. Seterusnya beraya di Segamat di rumah adik iparku.

Kebetulan sampai di Segamat, fan aircond untuk kereta telah cair dan rosak perlu dibetulkan. Alhamdulillah tak berlaku kejadian tidak diingini sepanjang perjalanan dari Muar ke Segamat. Mungkin barokah doa mak, abah, isteri dan anak-anak perjalanan kami selamat.

Sebenarnya, aku sangat menunggu keputusan ujian online sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Semoga Allah berikan keputusan yang baik-baik untuk diriku.

Road from Electrical Engineer to Pegawai Tadbir & Diplomatik.

Yang Benar ;
Jurutera Kidal
Alif

No comments:

Post a Comment