Subscribe:

Saturday, August 14, 2010

Kejohanan Pencak Silat Negeri Selangor 2010




Assalamualaikum,
beberapa hari sebelum Syaaban melabuhkan tirainya,
aku dan beberapa orang ahli Silat Cemandi Seri Gayung Selangor telah mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut. Kami bertanding atas tiket "Kuala Langat X".
Kontijen kami seramai 8orang atlit sahaja dibandingkan dengan kontijen daerah lain yang berpuluh-puluh atlit.



Alhamdulillah,berbekalkan semangat kami berlapan dua orang daripada kontijen kami layak ke final dan 3 orang daripada kami layak ke separuh akhir.Pertandingan kali ini merupakan petandingan yang teramai penyertaannya.Mana tak nya,sebanyak 4++ game silat olahraga dipertandingkan.

Kira-kira,5 atau 6 kali lawan baru layak ke separuh akhir atau final.Memang terbaik,kaki dah bengkak pastu masuk final.hahaha...Kontijen "Kuala Langat x" yang beroleh pingat:
1)Azuan [Pingat Perak kategori Dewasa 60-65kg]
2)Adib [Pingat Perak kategori Remaja 51-54kg]
3)Alif [Pingat Gangsa kategori Dewasa 50-55kg]
4)Kamil [Pingat Gangsa kategori Dewasa 50-55kg]
5)Hanis [Pingat Gangsa kategori Remaja 71-74kg]

Tidak beroleh pingat:
1)Izwan [kategori Dewasa 55-60kg terkandas disuku akhir]
2)Isa [kategori Remaja 56-60kg terkandas disuku akhir]
3)Azizi [kategori Remaja 54-56kg terkandas disuku akhir]
4)Hasari [kategori Remaja 60-64kg terkandas dipusingan awal]



Walaupun tak beroleh pingat emas,tapi aku amat berbangga dengan kontijen kami kerana menunjukkan prestasi terbaik dan memberikan saingat yang hebat kepada pihak lawan.

Semoga Persatuan Seni Silat Cemandi Seri Gayung lebih berjaya pada masa akan datang.
InsyaAllah...
Say Go!!!Say Fight!!!Say Win!!!

No comments:

Post a Comment