Subscribe:

Sunday, January 9, 2011

Salam Ceria

Pejam celik pejam celik,kejap je dah masuk tahun 2011.Apa yang aku dah buat untuk tahun 2010?Tahun 2010 merupakan tahun kenangan manis dan pahit buatku.Antara peristiwa yang berlaku pada 2010:

1.Interview di Proton sebagai Quality Control dan diterima bekerja disana(tetapi aku menolak atas sebab-sebab tertentu.
2.Konvokesyen pengajianku di Politeknik Shah Alam dalam bidang Kejuruteraan Elektrik & Elektronik.Alhamdulillah...
3.Bekerja sebagai Trainer di KESM Industries.Terima kaseh kepada semua staff yang terlibat bekerjasama dengan aku sepanjang aku bekerja disana.
4.Mendapat tawaran sambung belajar dalam bidang Kejuruteraan Elektronik Komputer di Politeknik.
5.Bercuti di Genting Highland bersama kawan-kawan silatku dan Firdaus.
6.Mendaftarkan diri sebagai pelajar Integrasi Diploma di Politeknik.
7.Menyertai Kejohanan Pencak Silat Kebangsaan Negeri Selangor dan mendapat pingat gangsa dalam kejohanan tersebut.
8.Menyertai Kejohanan Pencak Silat Kebangsaan Negeri Sembilan dan mendapat pingat gangsa dalam kejohanan tersebut.(dalam pertandingan ini aku telah mendapat kecederaan tisu koyak dan mendapat jahitan dimuka)
9.Mengambil peperiksaan akhir untuk semester 5.
10.Mendapat panggilan temuduga daripada TNB sebagai Juruteknik Transmission TT09-TT10,walaupun sampai sekarang tak mendapat sebarang jawapan untuk panggilan kerja,tapi aku amat bersyukur,sekurang-kurangnya dapat pengalaman di temuduga oleh panel-panel dari TNB.

Banyak lagi peristiwa yang berlaku pada 2010,tapi aku ringkaskan.Semoga di tahun 2011 ini aku lebih berjaya dalam pelajaran dan kehidupan.Target 2011 nak sambung degree dan mendapat pingat emas dalam Kejohanan Silat serta menjadi seorang jurutera berjaya.

InshaAllah,ilal liqa'

3 comments:

bella said...

byk ek perkara berlaku :),,anyway do the best for your life and thanks for visiting my blog:)i follow u

ARieF said...

semoga tahun 2011 lebih success..

Alif said...

ameen...inshaAllah

Post a Comment