Subscribe:

Friday, August 5, 2011

Ahlan Wassahlan Ya Ramadhan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم




Alhamdulillah,sudah masuk malam ke enam bulan ramadhan.Aku masih diberi peluang untuk bernafas dan mentauhidkan Allah.Ummah nabi Muhammad S.A.W amat istimewa kerana diberi peluang untuk menempuhi ramadhan ini,ummah nabi-nabi sebelum nabi Muhammad tidak pernah berpeluang untuk menghadapi bulan ramadhan ini.Alangkah beruntungnya kita sebagai ummah nabi Muhammad S.A.W.Cuba bayangkan,Allah mengangkat darjat ummah nabi Muhammad lebih tinggi daripada ummah nabi yang lain.Apabila tiba bulan ramadhan akan muncul tiga golongan:

1) Golongan pertama ialah mereka yang merasa berat untuk menghadapi bulan ramadhan,mereka berpendapat ramadhan hanya membebankan.

2) Golongan kedua ialah mereka yang meraikan Ramadhan tetapi dengan niat sebaliknya seperti penjual air,penjual makanan,penjual pakaian,mereka mengambil kesempatan dalam bulan ramadhan ini untuk berniaga habis-habisan untuk menambah pendapatan mereka.

3) Golongan yang ketiga ialah mereka yang merasa gembira apabila datang ramadhan dan sedih apabila hendak meninggalkan ramadhan.Mereka ini akan berebut-rebut untuk melaksanakan amal ibadah dan melipatkaligandakannya lagi.Ramadhan hanya datang sebulan dalam setahun,rugi sekiranya kita membiarkannya seperti bulan-bulan lain.


Ramadhan menjelma lagi
Menghimpun Rahmat dan Maghfirah
Bertambah keberkatannya
Dengan amal ibadah
Diri tunduk keinsafan
Dan rasa berdosa

Bulan kemuliaan yang dikurniakan ini
Usah biarkan berkatnya
Berlalu sia-sia saja
Ia hadir bagai air bah
Membasuhi daki dunia

Sambutlah Ramadhan dengan jiwa terbuka
Seperti ketibaan orang yang kita cinta
Dengan ucapan
Ahlan Wa Sahlan Marhaban Ya Ramadhan
Hati gembira pintu terbuka
Rahmat Allah Yang maha Besar

Ditaburi mutiara hikmah Al-Quran
Lantas dibelenggu nafsu dan syaitan
Didatangkan pula Lailatul Qadar
Pengorbanan yang dibuat balasannya syurga


p/s:Alhamdulillah,rezeki ramadhan tahun ini aku telah dapat kerja di TNB,semua perkara yang berlaku ada hikmahnya mengapa aku tidak dapat sambung pengajian keperingkat Ijazah,rupanya Allah memberikan sinaran pelangi buat aku.Terima kaseh Ya Allah....Terima kaseh Mak,Abah,Kawan-Kawan kerana mendoakan untuk saya.Selami jiwa,rawat rohani,perkasa peribadi dan tingkatkan iman...

6 comments:

azs said...

Alhamdulillah.. Ramadhan kali ini begitu indah untuk Alif selepas apa yang terjadi.. Tahniah, dah dapat apa yang diimpikan.. So, kerja elok-elok tau..
Dan, mari kita rebut masa yang datang sebulan dalam setahun ini sebagaimana golongan ketiga itu.. Mudah-mudahan, amalan kita diterima oleh-Nya.. Amiin.. (',-)

Anonymous said...

sabar dengan apa yang jadi . support dari belakang ;)

alif haris said...

Alhamdulillah :)
lihatlah betapa Allah itu maha Adil :)

princess nabila said...

Alhamdulillah...:)
selamat berposa yek..congrats alif..
but make sure alif dptkn title IR okeh...
Ir. Alif..:)

Alif said...

Azie:terima kaseh,yup mst keje btul2x...

Alep:Thats rite,Allah maha mengetahui segalanya...

Nabila:thankss,inshaAllah,study perlu diteruskan..

Afikah Aziz said...

Selamat Berpuasa,tahniah gak sbb dpt keje tu,jangan sia-siakan rezeki yg Allah bagi ye Alif, :)

Post a Comment