بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Alhamdulillah,kita mulakan hari ini dengan selawat,"Allahumma Solli A'la Saidina Muhammad,Wa A'la Alihi Wasohbihi Wasallim,Ya Kareem".Moga bersama beroleh berkat,hari ini kita namakan Sayyidul Ayyam.
Dah berapa minggu aku post mesti hari Jumaat,hari berkat tu,ntah la,aku suka update post setiap hari Jumaat,rasa macam tenang je sambil menaip diselang seli dengan bunyi kicauan burung dan bunyi air terjun diluar rumah.Ada apa dengan diam,senyap?silent?Hayatilah bait-bait ini.
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..
Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan
Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup
Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga
Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan
Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??
".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah : 216 )
Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri
P/S:Dunia dah berubah zaman dah maju.Masing-masing mesti ada cara tersendirikan.Kawan-kawan boleh tinggalkan komen untuk luahkan pendapat masing-masing,amat dialu-alukan.



10 comments:
Memang menanti entry dari En. Alif setiap kali Jumaat menjelma.. hehe.. :) Bestnya,dgr kicauan burung dan air terjun.. Memang mendamaikan.. ^,^
Betul juga tu... Diam itu membawa seribu erti.. Diam bukan bererti benci apatah lagi melupakan.. Bercinta dan menyukai dalam diam kadang-kadang indah tapi jangan sampai diam itu membawa padah.. Hanya Allah yang tahu segalanya, jadi jangan pernah melupakan-Nya atau kecewa andai sesuatu itu tidak dapat dimiliki.. Pasti ada hikmah di sebaliknya.. ;D
err air terjun mana kt luar rumah tu lep ?? hahaha :D
itu lah yg aku cuba praktikkan .. :)
jgn diluah pd manusia itu tp diluah pd Allah ...
sbb aku yakin Allah yg lebih arif tentag jodoh itu :)
btw thanks .. entri mmbuatkan ku mnjadi lebih yakin dgn caraku ini :)
cntailah yg Maha Esa .. kerana kita tidak akan pernah dikecewakan
hmm..nice..semuanya di tgn Allah...
n berfikir sebelum bertindak...
Andai dia jodoh..
sebaik mne lynn terhdp nya..
seburuk mne layanan terhadapnye..
akan ttp jodoh gkkn..
so should be silent..
azs:bunyi kicauan burung tu betul tp bunyi air terjun tu reka je.hehe,tp bg alif,cintailah diri sendiri dahulu sebelum mencintai org lain,keluarga...kereta,superbike..hahaha,pompuan,xde kot...hahaha
alep:bunyi air terjun kat laptop ni la..hahaha,setiap org mmg ada cara tersendiri kan..=)
adib:thats rite bro...
liyana:mari mengadu pada Allah...=)
tapi terkadang timbul pula rasa risau dihati.,takut dikebas orag .. err
hahaha.. takpe, mana tau, after this En. Alif nak buat rumah dekat2 kwsn air terjun lak.. hehe..
Memang betul kena cinta diri sendiri dulu, baru boleh cinta orang lain.. ish, apa lak dengan perempuan tak kot.. Cinta itu lumrah hidup manusia tau.. hehe.. ;)
Alep:Biarlah dikebas org,sbenanye Allah nak bg yang lebih baik buat kita...
Azie:InshaAllah if ade rezki dpt buat rumah sebelah air terjun...hehe,ye la,perempuan ni kan subjektif,x tau la nak ckp mcm mane...
Amiin.. Kalau Alif buat rumah dekat-dekat kawasan air terjun, boleh tumpang melepak kat situ.. hehe..
Actually, perempuan dan lelaki, 2 2 subjektif.. Take your time to know your special one, ok? ^,-
cinta padaNYA mmg diam di dalam hati.. xperlu diheboh xperlu dikecoh.. hanya bicara hati mampu menghubungkan kita kepadaNYA..
*cinta dalam hati*
Post a Comment